SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Monday, 27 February 2012

(FAKTA) petua hilangkan tanda hitam di ketiak

Petua... Hilangkan tanda hitam di ketiak


Hilangkan tanda hitam di ketiak
Kacau cuka putih dan soda penaik dan sapukan pada ketiak dua kali sehari. Soda penaik yang diadunkan dengan cuka, dapat membantu memutihkan ketiak yang kurang menawan.Alternatifnya, sapukan sahaja jus limau pada ketiak dan gosokkan limau di bawah tangan anda selepas mandi agar ia menjadi putih berseri. Ulangi dua kali sehari.





Putihkan gigi berkarat
Masalah gigi kekuningan memang merunsingkan apatah lagi jika ia sukar untuk dihilangkan. Untuk memutihkannya sebenarnya agak mudah.Bersihkan biji asam jawa dan gorenglah ia tanpa minyak sehingga garing. Selepas itu, tumbuk sampai hancur. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga rata.Sapulah pada gigi setiap hari dan lihat keberkesanannya.


Bibir lembut mempesona
Usah risau jika bibir anda pucat, merekah atau tidak cantik. Campuran gula dan madu dipercayai dapat membantu dalam menghasilkan bibir yang lembut dan mempesonakan.Letak sedikit madu di tapak tangan, kemudian ambil secubit gula pasir. Gaulkan ia secara rata dengan madu tadi. Sapukan pada bibir selama beberapa saat. Kemudian, lap dengan tuala lembap.


Hapuskan masalah daki di badan
Ambil segenggam beras dan cuci hingga bersih. Goreng tanpa minyak kemudian tumbuk sehingga halus. Perah limau nipis pada beras tadi.Gaulkan hingga sebati kemudian lumur dan urutkan ke seluruh badan. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selamat mencuba!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More