Berita Politik

http://wikimalay.blogspot.com/.Politik Malaysia - Pakatan Rakyat,UMNO,PAS,PKR,MCA,MIC,DAP dan lain-lain by wartaJINGGA - Premiumbloggertemplates.com.

Teknik Seks berkesan untuk suami dan Isteri

Dalam kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga gemar melakukan seks secara terus tanpa memikirkan impak yang bakal diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti mingguan yang wajib dilakukan tetapi langsung tidak menitikberatkan teknik-teknik menarik yang boleh dipraktikkan bagi memancing hati pasangan. - milo-hot.blogspot.com.

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur bakal bergelar Doktor

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri, Malaysia, dianugerahi ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara. - Klik gambar untuk baca.

[DUNIA] Penyanyi Whitney Hudson ditemui mati di hotel

Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles. - Klik gambar untuk baca.

[DUNIA] Hujan berbentuk Ikan di Australia

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ. - click gambar untuk baca lagi.

This is default featured post 6 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 7 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Friday 26 April 2013

Doa Azhar Sulaiman minta dipanah kilat dan petir

Siapa tak kenal dengan azhar sulaiman..aku nak cerita panjang pasal biodata dia pun aku tak teringin lepas kontroversi dia mengutuk pakatan rakyat..bagi aku tak pe dia nak kritik pakatan rakyat, tapi ktukannya itu adalah FITNAH...tidak ada satu pun fakta..

dan yang paling terbaru mamat ini telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh blogblog serta penyokong umno adalah realiti dan yang terlibat adalah DS Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali..


DAN yang paling mengejutkan lagi, beliau rela disambar petir jika kenyataan itu berbaur fitnah.

dan rata-ratanya rakyat malaysia hanya mengaminkan doanya di komen facebook beliau..

boleh rujuk disini > posting azhar sulaiman


video penjelasan oleh ustaz hanif haron

Friday 5 April 2013

Tiga Tawaran menarik daripada Pakatan Rakyat

Semalam tergerak hati aku untuk pergi Hi-Tea bersama Sdr Rafizi Ramli di Dewan PJ Perdana, Persiaran Palma Jaya untuk kutipan Dana PRU13 bagi kawasan Dun Sikamat. Dun Sikamat telah dimenangi oleh Yb Aminuddin Harun pada PRU12. Tergerak hati aku nak pergi sebab nak dengar sendiri penjelasan tentang manifesto Pakatan Rakyat yang telah dibentangkan satu persatu oleh Pakatan Rakyat sejak sebulan yang lalu. Ini menunjukkan Pakatan Rakyat memandang serius isu yang berkaitan rakyat. Buktinya apabila beberapa wartawan menebual DS Najib Razak sebagai Ketua Negara, bila manifesto Barisan Nasional nak keluar? dia dengan steady menjawab, saya akan mengkaji manifesto Pakatan Rakyat dan akan membidas mereka. Terbalik pulak situasi di Negara Kita. Sepatutnya Najib Razak yang mengumumkan dahulu manifesto mereka sebagai ketua negara dan dibidas oleh Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang. renungkanlah! Soal Rakyat, soal Kebajikan Rakyat bukan sesuatu yang boleh diremeh-temehkan, tegas Rafizi semasa ucapan tersebut.


Antara Manifesto yang diterangkan oleh Sdr Rafizi semalam adalah Harga minyak, Harga kereta, Tol, Caruman Wanita Malaysia serta Pengajian Percuma. 

Bagi Anak Muda macam aku, memang aku tertarik dengan semua manifesto-manifesto mereka yang boleh dikatakan logik dan munasabah apabila aku sendiri melihat kepada fakta dan nombor yang telah diberikan. 

TURUNKAN HARGA MINYAK
 Kenapa harga minyak perlu diturunkan ? Ini kerana Minyak Petrol dan diesel adalah kos seharian. Jika Harga minyak tinggi akan menyebabkan Kadar Inflasi akan meningkat, bermakna harga barang akan naik. Sebab itu, untuk menurunkan harga barang, kita perlu menurunkan harga minyak. Pakatan Rakyat berjanji akan menurukan harga minyak serta merta pada hari pertama Pakatan Rakyat di Putrajaya. Tetapi, mampukah Pakatan Rakyat melaksanakan perkara tersebut, inilah Penjelasan Rafizi Ramli sekaligus aku rasa membidas pemimpin-pemimpin umno yang mengatakan negara akan bangkrup jika harga minyak diturunkan. 
Mengikut 'International Energy Agency' , Rakyat malaysia menggunakan 10.3 bilion Liter petrol dan 6.3 bilion liter diesel setahun. Untuk menurukan 10sen harga minyak, bermakna kerajaan perlu memberikan subsidi sebanyak 1.7 bilion setahun (10.3 + 6.3) , Jika harganya diturunkan 20sen, bermakna kerajaan perlu memberi subsidi sebanyak 3.4 bilion setahun. Oleh itu, jika harga petrol ditetapkan sebanyak RM 1.50 seliter, maka kos tambahan yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak 6.8 billion setahun. Bagaimana Pakatan Rakyat akan membayar kos tambahan tersebut bagi menurunkan harga minyak? mengikut laporan tahunan daripada Petronas, setiap tahun kerajaan membayar 8billion ringgit kepada IPP dimana 8billion tersebut SEDANG DINIKMATI OLEH KRONI-KRONI BARISAN NASIONAL SEPERTI SYARIKAT YTL, GENTING, ANANDA KRISHNAN DAN JUGA MOKHTAR AL-BUKHARY. Jika  Pakatan mengambil alih Putrajaya, maka 8billion ni akan dialihkan kepada Rakyat, ini bermakna kos 6.8 billion tadi dapat ditampung malah mempunyai lebihan lagi. Sebab itulah, Pakatan Rakyat yakin dan mampu untuk menurunkan harga minyak. 

#oh, rupanya kroni yang akan bangkrup bukannya malaysia :) Rakyat akan untung, Malaysia lebih Maju. 

TURUNKAN HARGA KERETA
Kenapa harga kereta perlu diturunkan? 71.9%  isi rumah di Malaysia menggunakan kereta di Malaysia, hutang kereta merupakan nombor dua tertinggi di Malaysia, pada akhir Mei 2012, hutang kereta telah mencecah 134.2 billion. Maknanya hutang kereta adalah satu beban kepada rakyat. Sebab itulah Pakatan Rakyat percaya Kerajaan mesti menurukan harga kereta. Mengapa harga kereta di Malaysia mahal? MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG MENGENAKAN CUKAI CUKUP TINGGI KEPADA RAKYATNYA SENDIRI. TERDAPAT 3 CUKAI YANG DIKENAKAN, 
1 ) CUKAI EKSAIS
2) CUKAI JUALAN
3) CUKAI IMPORT

Contoh bagi kereta Myvi yang bersaiz 1800cc kebawah, cukai Eksais yang dikenakan adalah 75%, cukai Jualan adalah 10%, maka Jumlah cukai adalah 85%. Jika harga kereta Myvi adalah RM46000, maka harga kereta sebenar adalah RM 24860 sebuah. Selbihnya iaitu RM21140 adalah cukai. 

Bagi Honda Civic pula yang berkapasiti 1800cc-2000cc, Cukai Eksais adalah sebanyak 80%, cukai jualan adalah 10%, dan keseruhan cukai adalah 90%. Jika harga kereta tersebut adalah RM120000, maka harga kereta sebenar adalah RM63150. Selebihnya RM56850 adalah cukai.

Bagi kereta yang besar sediki seperti Camry yang berkapasiti 2000cc keatas, cukai Eksais adalah 90% dan cukai jualan adalah 10% menjadikan ianya 100%. Jika harga kereta RM142000, maka harga sebenar adalah RM 71000 dan selebihnya RM71000 adalah cukai. 

PENDIDIKAN PERCUMA
Aku tengok manifesto ini amat bagus, ini kerana impaknya kepada kerajaan, Semua rakyat malaysia tidak mengira miskin dan kaya dapat belajar secara percuma, dimana mereka akan perolehi Ilmu dan berbakti kepada negara, ianya akan menjadikan Rakyat Malaysia bertambah bijak dalam menilai. Bagi sesetengah orang yang mengatakan ianya tidak logik, maka aku nasihatkan janganlah nak bodoh sombong, kalau kau kaya takpe, kau boleh hantar anak belajar, jangan kau lupa ada rakyat yang tak mampu, bagi aku sendiri pun, nak masuk mengaji, mak aku gadai gelang emas dia untuk tampung yuran dan nak beli keperluan aku. 
Pendidikan Percuma ini bermakna kerajaan akan menampung Yuran Pelajar di semua Pusat Pengajian Tinggi IPTA.



SUkA ARTIKEL INI ? BANTU AKU - KLIK IKLAN DIBAWAH INI

Thursday 4 April 2013

Yakini Janji ALLAH




FAHAMI benar-benar ajaran Islam, bersikap positif dan bina keyakinan diri untuk teruskan semangat hijrah membangun ummah.
Walaupun pembelajaran agama yang dijalankan masjid-masjid dan pertubuhan sudah cukup baik, usaha mesti diteruskan untuk membangkitkan serta menyuburkan lagi tahap pemahaman terhadap Islam.
Sejajar dengan itulah, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), melancarkan program pembelajaran agama bagi orang dewasa yang disebut Adil (Adult Islamic Learning).
Demikian ditekankan oleh Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram, ketika menyampaikan tazkirah sempena Zikral Hijrah dan sekali gus merasmikan program Adil di Masjid Al-Iman Rabu lalu.
Dalam tazkirah itu, Mufti mengimbas tiga peristiwa hijrah di zaman Nabi:
1. Di peringkat awal dakwah di Makkah, para sahabat menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Mereka dihina, dicaci, dibenci. Ada yang diseksa dan disakiti hingga mati.
Suatu ketika, sekumpulan sahabat menemui Rasulullah mengenai cabaran yang dihadapi dan bertanya kenapa Nabi tidak berdoa minta diberi keselamatan dan perlindungan daripada kafir Quraisy. Dengan nada teguran Nabi berkata bahawa para sahabatnya itu kumpulan yang tidak sabar sedangkan ada orang sebelum mereka yang menghadapi ujian lebih dahsyat tetapi tetap pertahankan iman.
Teguran itu menunjukkan Rasulullah ingin tegaskan dan menyemai pada diri sahabat supaya jangan cepat putus asa dan jangan tergesa-gesa kerana orang beriman tidak akan dikecewakan Allah. Namun, kerana sahabat menghadapi ujian yang terlalu berat di Makkah, Nabi anjurkan mereka berhijrah ke Habsyah. Ini merupakan hijrah pertama.
2. Selepas kematian isterinya, Sayidatina Khadijah, dan pak ciknya Abu Talib, Nabi menghadapi gangguan lebih banyak daripada kafir Quraisy. Nabi lalu berhijrah ke Taif dengan harapan orang di Taif akan beriman. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Ajakan Nabi ditolak dengan kasar. Mereka menghalau dan mencaci Nabi, malah melukakan Nabi dengan lontaran batu. Namun Nabi tidak putus asa dan menyerahkan keadaan kepada Allah.
Meskipun malaikat menawarkan untuk menghempapkan gunung ke atas penduduk Taif atas kedegilan mereka, jika Nabi mahu, Baginda menolak dan berharap akan lahir daripada keturunan mereka orang yang beriman.
Hasil keyakinan, kesungguhan dan kecintaan, ada sebahagian orang Makkah dan Taif akhirnya mengikut Nabi - menjadi sahabat dan mempertahankan Nabi, termasuk anak-anak musuh Nabi seperti Ikrimah (anak Abu Jahal) dan Khalid Ibnu Walid (anak Walid bin Mughirah) yang kemudian menjadi panglima perang Nabi dengan gelaran 'saifullah'.
3. Peristiwa hijrah Nabi sendiri. Nabi keluar dari Makkah ditemani sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq, dan dikejar orang kafir Quraisy. Antara tempat persembunyian Nabi ialah di Gua Thur. Sayidina Abu Bakar berasa amat bimbang Nabi ditemui musuh dan dibunuh. Namun Nabi menenangkan beliau dan menyatakan bahawa Allah bersama mereka. Maka itu, tidak perlu sedih, takut dan putus asa dan yakini pertolongan Allah.
"Tiga kisah itu memberi pengajaran bahawa penting bagi umat Islam mempunyai keyakinan diri, bersikap positif, tidak tergesa-gesa apatah lagi berputus asa.
"Apa pun ujian yang dihadapi, betapa berat pun cabaran yang ada dalam kehidupan, kita disuruh yakin dengan Allah, berusaha, bergantung hanya pada Allah dan teruskan perjuangan. Pasti kita tidak akan dikecewakan," kata Dr Fatris.
Cabaran yang dihadapi umat Islam bukan hanya berlaku pada zaman Nabi dan sahabat sahaja. Para sahabat dan tabi' tabiian telah menunjukkan keimanan menerusi keyakinan diri, bertindak positif, punya hati, fikiran dan akhlak yang positif hinggakan mereka diberi kemuliaan oleh Allah.
"Apabila terima ujian, jika kita sangka baik terhadap Allah, berfikiran, bersikap positif dan bertindak positif dan yakin akan masa depan yang Allah berikan kepada kita, insya-Allah Allah akan berikan kebaikan dan kejayaan kepada kita.
"... kalau kita ada sikap, perasaan, akhlak, pemikiran negatif - tidak yakin dengan Tuhan, dengan keupayaan diri, tak yakin dengan kelebihan dengan anugerah yang Allah berikan kepada kita... sehingga kita berasakan bahawa kita tidak dapat berbuat atau mengubah apa-apa - kalau itu tidak kita hijrahkan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi dalam peristiwa hijrah ke Habsyah, dakwah ke Taif dan hijrah ke Madinah, sampai bila pun kita tidak akan dikurniakan kekuatan oleh Allah swt," kata Mufti.
Beliau memetik hadis tentang rebut lima sebelum datang lima - sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.
Hadis ini menekankan sifat positif - manfaatkan apa yang ada pada kita.
"Tetapi kerana tak faham, ramai daripada umat Islam yang mati sebelum mati, yang sakit sebelum sakit, yang miskin sebelum miskin, yang tua sebelum tua.
"Kalau kita faham tentang banyak kelebihan yang Allah beri, kita akan mengatur langkah maju ke hadapan," ujarnya.
"Ayuh orak langkah, teruskan hijrah kita, bangunkan kekuatan kita dengan penuh rasa yakin diri dan positif terhadap anugerah yang Allah beri. Apa jua kesulitan yang dihadapi adalah nikmat daripada Allah untuk mengangkat darjat kita. Kalau tidak ada ujian, kita tidak ada semangat untuk membangkitkan diri kita menjadi lebih baik daripada semalam," ujar beliau.
Menekankan perlunya kekuatan iman, beliau berkata umat Islam perlu yakin dengan janji Allah, dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah seperti yang ditunjukkan Rasulullah saw, bahawa kita adalah manusia yang dipilih menjadi umat Nabi.
Ini hanya dapat kita lakukan apabila kita mampu membangunkan kefahaman dengan sebenar-benarnya tentang agama Allah. Jika kita tidak faham, ia akan membuat kita terus mundur.
Sejajar dengan usaha membangkit kefahaman dan menyurkan kesedaran menjadi umat yang mulia, Muis melancarkan program Adil.
Menurutnya, program di masjid dan pertubuhan telah banyak beri manfaat.
"Program Adil ini ditawarkan sebagai melengkapi program yang telah sedia ada di masjid dan pertubuhan kerana nabi pesan jangan berasa cukup dan puas hati terhadap apa yang telah kita lakukan.
"Allah beri kemampuan, kekuatan dan pemikiran untuk membaiki dan mengukuhkan kefahaman kita. Agama Allah adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup kita, dunia dan akhirat," ujarnya.

Sumber : cyberita
SUkA ARTIKEL INI ?

Thursday 28 February 2013

[ gambar ] Punca-punca jambatan sebelum tol putrajaya runtuh

Rakyat Malaysia yang kreatif lagi mengelirukan =P bangga betul aku menjadi Anak Malaysia

suka gambar ni? like eh..
suka gambar ni? like eh..
suka gambar ni? like eh..
suka gambar ni? like eh..
suka gambar ni? like eh..
suka gambar ni? like eh..

suka gambar ni? like eh..



Friday 21 December 2012

bagaimana KFC boleh dapat cop HALAL jika resepinya diBODYGUARDkan?

Hari ni jalan-jalan blog famous, terbaca satu artikel RAHSIA BESAR KFC HANYA DIKETAHUI OLEH 2 ORANG SAJA. Apabila admin baca post tu, buatkan admin terfikir, jika perkara itu adalah realiti, bagaimana KFC mendapat cop halal, ada sesiapa yang pakar tentang ni boleh bagitau??

Selain itu, admin juga ada terdengar desas desus mengatakan KFC MALAYSIA membeli resepi tersebut, oleh sebab tu KFC di Malaysia bukan lagi francais. - Tak pasti sahih atau tidak.

click untuk besarkan

Bagaimana dan bagaimana.............

Klik LIKE di bawah :)


Tuesday 18 December 2012

[Pergaduhan gangster, tunggu Pihak Berkuasa jalankan tugas mereka!

Perpaduan menjadi tonggak Utama... 1 Malaysia harus diutamakan......

Pergaduhan antara gangster berlaku di Sungai Petani...

Dari apa yang tersebar di facebook ;

click untuk besarkan

Lagi gambar yang admin dapat dari facebook.




Add caption

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=570450809636189&set=a.111877065493568.18901.100000138259048&type=1&ref=nf


 STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih.


Lagi info : tunggu kenyataan rasmi Ketua Polis

HUBUNGI BILIK GERAKAN IPD KUALA MUDA : 03-4299222
BALAI POLIS SUNGAI PETANI : 03-4222222

PS : JANGAN KAITKAN DENGAN POLITIK DAN PERKAUMAN ! INI ADALAH PERGADUHAN KONGSI. 

APTB~~sekarang ni apa yang penting, kita bersabar dan berdoa agar perkara ini selesai secepat mungkin..dengan kata sepakat, semoga tidak terus berdendam antara mereka. Malaysia kita ni Aman,adanya pihak berkuasa, biarlah Pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Jangan ada anasir anasir yang konon gangster ingin mengeruhkan keadaan. Banyakkan Istighfar. Insha Allah MALAYSIA kita akan terus kekal makmur!


Saturday 24 November 2012

[KISAH BENAR] kisah mayat membaca yasin dalam kubur











KISAH BENAR | SUDILAH ANDA MENEKAN BUTANG SHARE DEMI ISLAM

KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASIN DI MEKAH

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.
 —  SUKA DENGAN CERITA INI, KLIK LIKE DIBAWAH

[SENSASI] ayuni sanggup buang kerakyatan hanya kerana 4HURUF - KPOP

wahai adik ku comel muka ala-ala bangla gitu..........
nak cakap pun susah, sebab admin pun tak tau apa jenis jenis kpop yang wujud ni...cuma tau nama saja...dan yang admin tau ramai MALAYSIANS ni minat kpop TERLAMPAU sampai sanggup nak habbiskan 2 3 ratus untuk bayar duit tiket nak tengok live kpop ni...

admin pun baru tau je kes ayuni ni nak lari dok korea pasal ape....pasal malu dengan rakyat malaysia yang adapun ala ala membenci kpoop atau bahasa mudah kita panggil anti kpop laa kooottt......pun membaling pun kononnya sampah kat retis resti (artis) korea tersebut....

merayu merayu memohon maaf kepada penganjur tu yang aku tertarik......sampai macam tuuuu sekali..kononnya mewakili rakyat malaysia kerana bersikap rude ataupun kita panggil kurang ajar...

ber ''profile picture'' kan gambar yang berbaju sekolah dalam twitter, mungkin dia terlalu muda untuk menilai mana yang baik dan buruk...tetapi perempuan ni dia matang lebih awal..masakan tidak mampu berfikir lebih matang right ? ; - )
# ape pun, agak-agak korang wajar tak ayuni diberhentikan sekolah kerajaan?? kerana beliau bukan lagi rakyat Malaysia ; - ) mungkin boleh hantar dia pergi korea survive sendiri..hehe....

wahai ayuni, sekadar mendengar sudahlah...janganlah sampai nak buang kerakyatan.....bangla datang malaysia pun berebut2 nak jadi rakyat malaysia, awak yang malaysia nak lari dari malaysia,..huhuhu...
# ayuni, apa ayuni buat tu kerja yang sangat-sangat lah sia sia...sia sia teramat sangat...tak dapat pahala pun, malah boleh mengundang bala serta fitnah terhadap MELAYU ISLAM  di Malaysia tercinta ni...





# i malulah ada ayuni ni dalam JABATAN PENDAFTARAN NEGARA =P
klik ''LIKE'' untuk post ini
lebih mendalam :baca disini : http://www.ehgosip.com/2012/11/ayuni-buang-kerakyatan-malaysia-kerana.html

Saturday 21 July 2012

[VIDEO] mari berpuasa kerana Allah oleh Mat Lutfi

Sempena Ramadan!



suka Video ini : Klik ''LIKE'' DIBAWAH

Mimpi gadis bertemu Ibu di Neraka



MIMPI GADIS BERTEMU IBU DI NERAKA

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.
InsyaALLAH. . .

Tuesday 24 April 2012

Barcelona vs Chelsea live streaming

Sunday 15 April 2012

gambar ranjang artis seberang tersebar luas di internet


Penyanyi dan pelakon remaja dari negara seberang, Nikita Willy telah dilanda kontroversi baru-baru ini apabila gambar yang menunjukkan satu pasangan lelaki dan perempuan mirip pelakon itu dan Diego Michiels tersebar di laman maya.
Nikita Willy yang terkenal dengan lakonannya di dalam "Puteri Yang Di Tukar" dan Diego Michiels, seorang pemain bola sepak skuad Persija Jakarta sering dikaitkan sebagai mempunyai hubungan istimewa dan banyak foto menunjukkan mereka sering keluar bersama.
Menurut laporan yang dipetik daripada KapanLagi, foto tersebut menunjukkan kedua-dua individu tersebut sedang tidur berpelukan di atas katil. Namun begitu pelakon berusia 17 tahun ini telah tampil dihadapan media untuk menafikannya dan membawa bukti tentang kesasihan gambar tersebut.
"Saya nak tunjukkan bukti bahawa foto yang tersebar di Internet ini bukan saya. Tangan saya tak sepanjang seperti dalam foto ini. Saya juga ada minta foto Diego, tangan kanannya banyak tatu, sedangkan dalam foto ini tidak ada tatu," jelas Nikita.
Ini mungkin angkara seseorang yang cuba untuk menjatuhkan nama baik kedua-dua individu ini, dan apa yang boleh dilihat dengan jelas adalah gambar lelaki yang dikatakan Diego itu yang tidak menampakkan cacahan tatu, sedangkan badan dan tangan Diego memang bertatu.
Walau bagaimanapun, kini ia bergantung kepada umum untuk mempercayai gosip tersebut atau pun menerima penjelasan yang diberikan oleh Nikita Willy.
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Iq budak perempuan empat tahun setanding pakar fizik dunia



LONDON: Seorang budak perempuan warga British berusia empat tahun didapati mempunyai darjah kecerdasan (IQ) yang hanya kurang satu markah IQ pakar fizik dunia, Encik Stephen Hawking.

Ketua Eksekutif Persatuan Darjah Kecerdasan Tinggi (Mensa) Britain, Encik John Stevenage, berkata persatuan itu bangga mengalu- alukan Heidi Hankins dari Winchester, England, ke ranking itu selepas dia mendapat markah 159 dalam ujian IQ.

Ini meletakkannya hanya satu markah di belakang Encik Hawking, yang mempunyai IQ 160 markah, lapor akhbar The Sun.

Ujian yang diambil kanak-kanak itu dibuat khusus bagi kanakkanak seusianya dan mengandungi campuran soalan yang berupa penyelesaian masalah dan permainan perkataan.

Akhbar Korean Herald pula melaporkan bapa kanak-kanak itu, Encik Matthew Hankins, 46 tahun, berkata beliau dan isterinya sejak awal mengetahui anak mereka istimewa.

'Kami selalu fikir Heidi bijak kerana dari kecil dia sudah pandai membaca. Saya ingin tahu mengenai IQ anak kami dan hasilnya di luar jangkaan.

'Saya membelikannya satu set buku bacaan kanak-kanak Oxford ketika dia berusia dua tahun dan Heidi membaca keseluruhan set, yang mengandungi 30 buku, dalam masa sejam.

'Sebenarnya, apa yang dilakukan Heidi ini boleh dilakukan kanak-kanak berusia tujuh tahun.

'Heidi cuba bercakap sejak mula lahir dan pada usia setahun dia fasih bercakap dan banyak perkataan diketahuinya,' kata Encik Hankins.

Pensyarah kesihatan awam di Universiti Southampton itu berharap anaknya itu boleh melompat kelas setahun bagi membolehkan kanak-kanak itu selari dengan cabaran.

Mensa persatuan IQ tinggi tertua dan terbesar di dunia.

Ia pertubuhan bukan pemerintah dan terbuka kepada mereka yang mendapat markah 98 peratus atau lebih tinggi daripada piawaian yang ditetapkan dalam ujian IQ atau ujian darjah kecerdasan lain yang diluluskan.

Aktres Hollywood, Sharon Stone, mempunyai IQ sebanyak 154, manakala seorang penyanyi Columbia termasuk sebagai individu istimewa dengan IQ setinggi 140. -- Agensi BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday 25 March 2012

wanita dirogol bergilir-gilir dalam teksi


KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau malah turut dirogol bergilir-gilir 
dalam teksi yang dinaikinya, Khamis lalu.



Dalam kejadian pada 3 petang berhampiran sebuah pasar raya itu, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya, termasuk pemandu teksi berusia 30-an. Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas dirogol, lapor Harian Metro, semalam. Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya, untuk pergi bertemu rakannya di Kepong. 'Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki lain. 'Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,' katanya. Bagaimanapun, sebaik-baik sahaja tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa. 'Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,' kata sumber itu. Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar berhampiran kawasan tersebut.

''3 maknyah'' sedang karoke ditahan dan diarah solat jemaah


LANGKAWI: Tiga lelaki berperwatakan wanita menerima pengajaran awal apabila diarah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama jemaah lain di Masjid Al-Hana, Kuah di sini, pada Khamis lalu.

gambar hiasan


Sebelum itu, mereka yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dalam pemeriksaan di sebuah pusat karaoke, sekitar 6.30 petang. Ketiga-tigturut diberi kemeja-T dan kain pelikat untuk menunaikan solat supaya mereka insaf. Pegawai Penguat Kuasa Padal, Encik Rosyadah Ramli, berkata semua lelaki itu ditahan ketika leka menyanyi dalam sebuah bilik di pusat karaoke terbabit. Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memakai kosmetik, beg tangan dan berpakaian wanita. 'Selepas ditahan, kami memberi kaunseling sebelum mengajak mereka menunaikan solat berjemaah agar dapat memberi keinsafan. Kami kemudian mengeluarkan saman supaya mereka hadir untuk diambil keterangan di pejabat agama daerah,' katanya. -- Harian Metro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More