SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Friday, 5 April 2013

Tiga Tawaran menarik daripada Pakatan Rakyat

Semalam tergerak hati aku untuk pergi Hi-Tea bersama Sdr Rafizi Ramli di Dewan PJ Perdana, Persiaran Palma Jaya untuk kutipan Dana PRU13 bagi kawasan Dun Sikamat. Dun Sikamat telah dimenangi oleh Yb Aminuddin Harun pada PRU12. Tergerak hati aku nak pergi sebab nak dengar sendiri penjelasan tentang manifesto Pakatan Rakyat yang telah dibentangkan satu persatu oleh Pakatan Rakyat sejak sebulan yang lalu. Ini menunjukkan Pakatan Rakyat memandang serius isu yang berkaitan rakyat. Buktinya apabila beberapa wartawan menebual DS Najib Razak sebagai Ketua Negara, bila manifesto Barisan Nasional nak keluar? dia dengan steady menjawab, saya akan mengkaji manifesto Pakatan Rakyat dan akan membidas mereka. Terbalik pulak situasi di Negara Kita. Sepatutnya Najib Razak yang mengumumkan dahulu manifesto mereka sebagai ketua negara dan dibidas oleh Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang. renungkanlah! Soal Rakyat, soal Kebajikan Rakyat bukan sesuatu yang boleh diremeh-temehkan, tegas Rafizi semasa ucapan tersebut.



Antara Manifesto yang diterangkan oleh Sdr Rafizi semalam adalah Harga minyak, Harga kereta, Tol, Caruman Wanita Malaysia serta Pengajian Percuma. 

Bagi Anak Muda macam aku, memang aku tertarik dengan semua manifesto-manifesto mereka yang boleh dikatakan logik dan munasabah apabila aku sendiri melihat kepada fakta dan nombor yang telah diberikan. 

TURUNKAN HARGA MINYAK
 Kenapa harga minyak perlu diturunkan ? Ini kerana Minyak Petrol dan diesel adalah kos seharian. Jika Harga minyak tinggi akan menyebabkan Kadar Inflasi akan meningkat, bermakna harga barang akan naik. Sebab itu, untuk menurunkan harga barang, kita perlu menurunkan harga minyak. Pakatan Rakyat berjanji akan menurukan harga minyak serta merta pada hari pertama Pakatan Rakyat di Putrajaya. Tetapi, mampukah Pakatan Rakyat melaksanakan perkara tersebut, inilah Penjelasan Rafizi Ramli sekaligus aku rasa membidas pemimpin-pemimpin umno yang mengatakan negara akan bangkrup jika harga minyak diturunkan. 
Mengikut 'International Energy Agency' , Rakyat malaysia menggunakan 10.3 bilion Liter petrol dan 6.3 bilion liter diesel setahun. Untuk menurukan 10sen harga minyak, bermakna kerajaan perlu memberikan subsidi sebanyak 1.7 bilion setahun (10.3 + 6.3) , Jika harganya diturunkan 20sen, bermakna kerajaan perlu memberi subsidi sebanyak 3.4 bilion setahun. Oleh itu, jika harga petrol ditetapkan sebanyak RM 1.50 seliter, maka kos tambahan yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak 6.8 billion setahun. Bagaimana Pakatan Rakyat akan membayar kos tambahan tersebut bagi menurunkan harga minyak? mengikut laporan tahunan daripada Petronas, setiap tahun kerajaan membayar 8billion ringgit kepada IPP dimana 8billion tersebut SEDANG DINIKMATI OLEH KRONI-KRONI BARISAN NASIONAL SEPERTI SYARIKAT YTL, GENTING, ANANDA KRISHNAN DAN JUGA MOKHTAR AL-BUKHARY. Jika  Pakatan mengambil alih Putrajaya, maka 8billion ni akan dialihkan kepada Rakyat, ini bermakna kos 6.8 billion tadi dapat ditampung malah mempunyai lebihan lagi. Sebab itulah, Pakatan Rakyat yakin dan mampu untuk menurunkan harga minyak. 

#oh, rupanya kroni yang akan bangkrup bukannya malaysia :) Rakyat akan untung, Malaysia lebih Maju. 

TURUNKAN HARGA KERETA
Kenapa harga kereta perlu diturunkan? 71.9%  isi rumah di Malaysia menggunakan kereta di Malaysia, hutang kereta merupakan nombor dua tertinggi di Malaysia, pada akhir Mei 2012, hutang kereta telah mencecah 134.2 billion. Maknanya hutang kereta adalah satu beban kepada rakyat. Sebab itulah Pakatan Rakyat percaya Kerajaan mesti menurukan harga kereta. Mengapa harga kereta di Malaysia mahal? MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG MENGENAKAN CUKAI CUKUP TINGGI KEPADA RAKYATNYA SENDIRI. TERDAPAT 3 CUKAI YANG DIKENAKAN, 
1 ) CUKAI EKSAIS
2) CUKAI JUALAN
3) CUKAI IMPORT

Contoh bagi kereta Myvi yang bersaiz 1800cc kebawah, cukai Eksais yang dikenakan adalah 75%, cukai Jualan adalah 10%, maka Jumlah cukai adalah 85%. Jika harga kereta Myvi adalah RM46000, maka harga kereta sebenar adalah RM 24860 sebuah. Selbihnya iaitu RM21140 adalah cukai. 

Bagi Honda Civic pula yang berkapasiti 1800cc-2000cc, Cukai Eksais adalah sebanyak 80%, cukai jualan adalah 10%, dan keseruhan cukai adalah 90%. Jika harga kereta tersebut adalah RM120000, maka harga kereta sebenar adalah RM63150. Selebihnya RM56850 adalah cukai.

Bagi kereta yang besar sediki seperti Camry yang berkapasiti 2000cc keatas, cukai Eksais adalah 90% dan cukai jualan adalah 10% menjadikan ianya 100%. Jika harga kereta RM142000, maka harga sebenar adalah RM 71000 dan selebihnya RM71000 adalah cukai. 

PENDIDIKAN PERCUMA
Aku tengok manifesto ini amat bagus, ini kerana impaknya kepada kerajaan, Semua rakyat malaysia tidak mengira miskin dan kaya dapat belajar secara percuma, dimana mereka akan perolehi Ilmu dan berbakti kepada negara, ianya akan menjadikan Rakyat Malaysia bertambah bijak dalam menilai. Bagi sesetengah orang yang mengatakan ianya tidak logik, maka aku nasihatkan janganlah nak bodoh sombong, kalau kau kaya takpe, kau boleh hantar anak belajar, jangan kau lupa ada rakyat yang tak mampu, bagi aku sendiri pun, nak masuk mengaji, mak aku gadai gelang emas dia untuk tampung yuran dan nak beli keperluan aku. 
Pendidikan Percuma ini bermakna kerajaan akan menampung Yuran Pelajar di semua Pusat Pengajian Tinggi IPTA.



SUkA ARTIKEL INI ? BANTU AKU - KLIK IKLAN DIBAWAH INI

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More