SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Sunday 25 March 2012

''3 maknyah'' sedang karoke ditahan dan diarah solat jemaah


LANGKAWI: Tiga lelaki berperwatakan wanita menerima pengajaran awal apabila diarah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama jemaah lain di Masjid Al-Hana, Kuah di sini, pada Khamis lalu.

gambar hiasan


Sebelum itu, mereka yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dalam pemeriksaan di sebuah pusat karaoke, sekitar 6.30 petang. Ketiga-tigturut diberi kemeja-T dan kain pelikat untuk menunaikan solat supaya mereka insaf. Pegawai Penguat Kuasa Padal, Encik Rosyadah Ramli, berkata semua lelaki itu ditahan ketika leka menyanyi dalam sebuah bilik di pusat karaoke terbabit. Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memakai kosmetik, beg tangan dan berpakaian wanita. 'Selepas ditahan, kami memberi kaunseling sebelum mengajak mereka menunaikan solat berjemaah agar dapat memberi keinsafan. Kami kemudian mengeluarkan saman supaya mereka hadir untuk diambil keterangan di pejabat agama daerah,' katanya. -- Harian Metro.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More