SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Sunday 25 March 2012

wanita dirogol bergilir-gilir dalam teksi


KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau malah turut dirogol bergilir-gilir 
dalam teksi yang dinaikinya, Khamis lalu.



Dalam kejadian pada 3 petang berhampiran sebuah pasar raya itu, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya, termasuk pemandu teksi berusia 30-an. Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas dirogol, lapor Harian Metro, semalam. Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya, untuk pergi bertemu rakannya di Kepong. 'Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki lain. 'Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,' katanya. Bagaimanapun, sebaik-baik sahaja tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa. 'Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,' kata sumber itu. Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar berhampiran kawasan tersebut.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More