SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Sunday 15 April 2012

Iq budak perempuan empat tahun setanding pakar fizik dunia



LONDON: Seorang budak perempuan warga British berusia empat tahun didapati mempunyai darjah kecerdasan (IQ) yang hanya kurang satu markah IQ pakar fizik dunia, Encik Stephen Hawking.

Ketua Eksekutif Persatuan Darjah Kecerdasan Tinggi (Mensa) Britain, Encik John Stevenage, berkata persatuan itu bangga mengalu- alukan Heidi Hankins dari Winchester, England, ke ranking itu selepas dia mendapat markah 159 dalam ujian IQ.

Ini meletakkannya hanya satu markah di belakang Encik Hawking, yang mempunyai IQ 160 markah, lapor akhbar The Sun.

Ujian yang diambil kanak-kanak itu dibuat khusus bagi kanakkanak seusianya dan mengandungi campuran soalan yang berupa penyelesaian masalah dan permainan perkataan.

Akhbar Korean Herald pula melaporkan bapa kanak-kanak itu, Encik Matthew Hankins, 46 tahun, berkata beliau dan isterinya sejak awal mengetahui anak mereka istimewa.

'Kami selalu fikir Heidi bijak kerana dari kecil dia sudah pandai membaca. Saya ingin tahu mengenai IQ anak kami dan hasilnya di luar jangkaan.

'Saya membelikannya satu set buku bacaan kanak-kanak Oxford ketika dia berusia dua tahun dan Heidi membaca keseluruhan set, yang mengandungi 30 buku, dalam masa sejam.

'Sebenarnya, apa yang dilakukan Heidi ini boleh dilakukan kanak-kanak berusia tujuh tahun.

'Heidi cuba bercakap sejak mula lahir dan pada usia setahun dia fasih bercakap dan banyak perkataan diketahuinya,' kata Encik Hankins.

Pensyarah kesihatan awam di Universiti Southampton itu berharap anaknya itu boleh melompat kelas setahun bagi membolehkan kanak-kanak itu selari dengan cabaran.

Mensa persatuan IQ tinggi tertua dan terbesar di dunia.

Ia pertubuhan bukan pemerintah dan terbuka kepada mereka yang mendapat markah 98 peratus atau lebih tinggi daripada piawaian yang ditetapkan dalam ujian IQ atau ujian darjah kecerdasan lain yang diluluskan.

Aktres Hollywood, Sharon Stone, mempunyai IQ sebanyak 154, manakala seorang penyanyi Columbia termasuk sebagai individu istimewa dengan IQ setinggi 140. -- Agensi BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More