Berita Politik

http://wikimalay.blogspot.com/.Politik Malaysia - Pakatan Rakyat,UMNO,PAS,PKR,MCA,MIC,DAP dan lain-lain by wartaJINGGA - Premiumbloggertemplates.com.

Teknik Seks berkesan untuk suami dan Isteri

Dalam kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga gemar melakukan seks secara terus tanpa memikirkan impak yang bakal diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti mingguan yang wajib dilakukan tetapi langsung tidak menitikberatkan teknik-teknik menarik yang boleh dipraktikkan bagi memancing hati pasangan. - milo-hot.blogspot.com.

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur bakal bergelar Doktor

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri, Malaysia, dianugerahi ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara. - Klik gambar untuk baca.

[DUNIA] Penyanyi Whitney Hudson ditemui mati di hotel

Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles. - Klik gambar untuk baca.

[DUNIA] Hujan berbentuk Ikan di Australia

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ. - click gambar untuk baca lagi.

This is default featured post 6 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 7 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, 15 February 2012

[POLITIK] MAHATHIR MAHU SHAHRIZAT LETAK JAWATAN


SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar usah terlalu 'sayangkan' jawatannya sehingga enggan meninggalkan jawatannya walaupun ia tidak baik bagi Umno.






Mantan perdana menteri Malaysia itu, yang lewat tahun lalu meluahkan sokongannya agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan Ketua Wanita Umno itu meletak jawatan berikutan skandal Pusat Feedlot Nasional (PFN), menekankan kepada senator itu bahawa beliau akan akhirnya terpaksa meninggalkan jawatannya itu.

'Kita harus selalu fikir tentang masalah ke atas parti... iaitu mengapa semasa saya di sana (di Umno) buat masa yang panjang dan orang ramai mulai bosan, saya memutuskan meletak jawatan.

'Jadi jangan sayangkan jawatan anda keterlaluan sehingga anda enggan langsung meninggalkannya... Akhirnya, kita akan terpaksa meninggalkannya,' kata beliau kepada wartawan selepas satu majlis di Universiti Perdana, di sini, semalam, dalam laporan laman berita The Malaysian Insider.

Dr Mahathir, yang dikatakan masih berpengaruh kuat dalam Umno, menekankan bahawa tindakan sukar ada kalanya perlu dilakukan untuk kebaikan parti.'Tetapi, terserah kepada beliau keputusan apa yang mahu diambil,' ujarnya.Datuk Seri Shahrizat sedang menghadapi tekanan selepas enggan meletak jawatannya berikutan dikaitkan dengan skandal PFN yang dibiayai oleh dana persekutuan sebanyak RM250 juta ($104 juta).

Desas-desus tersebar bahawa ahli politik kanan Umno itu akan meletak jawatan Kabinetnya semalam tetapi seorang menteri mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau tidak berbuat demikian.



klik LIKE dibawah :)

Monday, 13 February 2012

Rakyat sanggup bunuh diri tuntut ganti rugi dari MB Pahang



klik LIKE dibawah :)

Timbalan Menteri campak Buku Jingga Pakatan Rakyat dalam tong sampah sebagai simbolik


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau mengambil tindakan itu dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat yang tepat.
Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.

Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan.

NONEBuku Jingga yangmemuatkan tawaran 100 hari sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".
Bantu keluarga miskin

"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya.

"Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."

azlanSebaliknya, jelas Ahmad lagi, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the big Felda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan.

"Dan itu sepatunya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, ayah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah...

"Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.

FeldaAhmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei ini akan diserahkan kembali kepada rakyat.

"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi. 




APTB : sikap ini boleh menimbulkan kebencian rakyat kerana ia adalah sikap kebudak-budakan yang membuang buku untuk membawa Malaysia kearah kebaikan bersama.
via : Malaysiakini

klik LIKE dibawah jika setuju dengan kata-kata APTB :)

Sunday, 12 February 2012

Kelantan bina Lebuhraya tanpa bantuan Putrajaya

Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.

“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

“Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu, sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010).

Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan.

“Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seringkali mendakwa kerajaan pusat mengabaikan ekonomi negeri itu sejak parti Islam itu mengambil pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.
Bantuan pusat diperincikan

Husam berkata beliau berharap dengan tindakan kerajaan negeri harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

lan visit mustapa mohamed 200406 looking onSementara itu, di Kota Bharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diberi  kepada kerajaan Kelantan itu sejak beberapa tahun lepas agar rakyat mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara berkenaan.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belum mendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat.

"Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata rakyat negeri itu juga perlu mengetahui kerajaan pusat telah membina sebuah loji air di Pintu Geng di Kota Bharu dengan kos sebanyak RM52 juta.

"Bila siapnya loji ini nanti akan diserahkan kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan hasilnya akan diperolehi syarikat itu yang dibina demi untuk rakyat mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Beliau berkata selain itu sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan kerajaan pusat untuk membina jalan-jalan negeri.

Menurutnya tindakan memperincikan peruntukan tersebut bukan untuk membangga diri sebaliknya untuk menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan pusat berlaku zalim terhadap Kelantan dengan menganaktirikan mereka.

Mustapa juga menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan pusat telah gagal melaksanakan beberapa projek di Kelantan sebaliknya projek berkenaan seperti Jambatan Kedua Sultan Ismail Petra hanya lewat disiapkan dan bukannya gagal.

"Kerajaan Pusat sendiri akan pastikan setiap projek yang kita laksanakan tidak gagal tetapi kelewatan yang berlaku ada sebab yang munasabah," katanya.

klik LIKE dibawah :)

Saturday, 11 February 2012

Rosmah Mansur akan menerima Ijazah Doktor Kehormat Persuratan



Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri, Malaysia, dianugerahi ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Canselor Universiti Curtin Dr Jim Gill menyampaikan ijazah doktor kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di Perth pada Sabtu.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari.  

Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti  itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia, menerima ijazah masing-masing.

Sementara itu, Rosmah dalam ucapan penerimaannya, melahirkan penghargaan terhadap Anggota Majlis universiti itu bagi penganugerahan ijazah itu.

Menekankan mengenai pentingnya pendidikan awal, Rosmah berkata banyak gejala sosial di dunia akan dapat dibendung apabila peluang pendidikan diberi kepada semua termasuk di kawasan luar bandar dan juga golongan miskin di bandar.

Menurutnya apabila kanak-kanak dipersiapkan daripada peringkat awal lagi, mereka akan dapat membuat penyesuaian daripada segi mental, emosi dan psikologi dalam menentukan apa yang terbaik untuk diri mereka apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi.

"Telah terbukti tahun-tahun pembentukan awal seorang kanak-kanak itu, kepada sehingga sekurang-kurangnya berumur lima tahun adalah amat penting untuk menentukan keupayaannya untuk berjaya kemudiannya dalam kehidupan.

“Akan wujud potensi untuk hilang peluang jika kita tidak melabur dalam pendidikan awal yang betul untuk anak-anak kita," katanya.

Rosmah berkata pewujudan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanakan-kanak atau lebih dikenali ECEC di bawah program Permata Negara adalah untuk memastikan pendidikan di Malaysia menumpukan pada pembangunan manusia holistik dari peringkat awal dan juga untuk memastikan negara dapat membina modal insan cemerlang.

Katanya untuk memenuhi hasrat dan harapan itu, dan menerusi perbincangan mendalam dengan pelbagai profesional dan sukarelawan di Malaysia pada 2007, program itu dilancarkan dan dikenali sebagai Permata, yang melambangkan generasi muda merupakan aset amat bernilai negara.

Rosmah berkata program Permata menawarkan peluang luas kepada kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar untuk mengikuti pembelajaran dalam persekitaran holistik.

"Pembelajaran berdasarkan Penerokaan, Pengalaman dan Eksperimen yang direka khusus untuk memupuk dan menggalakkan rasa ingin tahu dan mencuba dalam  diri kanak-kanak. Kami meletakkan tandaaras Permata dengan beberapa program berprestasi  tinggi dari seluruh dunia," katanya.

Katanya dalam tempoh hanya lima tahun, program Permata Negara telah diperluaskan daripada lima projek perintis kepada lebih 600 pusat asuhan kanak-kanak Permata di seluruh Malaysia.

"Usaha kami akan diteruskan bagi memastikan tiada kanak-kanak tercicir atau terabai daripada mendapat pendidikan awal berkualiti," katanya.

Program Permata juga meliputi empat program lain. Sebuah pusat untuk golongan berbakat dan cemerlang akademik mempunyai sebuah sekolah untuk pelajar berumur 16 hingga 17 tahun yang ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Program kem tahunan untuk kanak-kanak berbakat berumur 9 hingga 15 tahun turut diadakan dengan kerjasama Johns Hopkins Center for Talented Youth.

"Permata juga mempunyai program untuk kanak-kanak berbakat dalam seni persembahan dan juga pengajian dalam Quran dan Sunnah. Di bawah program ini juga (Permata) kami juga mengadakan program untuk memperkasakan Remaja Berisiko," katanya.

Rosmah turut mengucapkan terima kasih kepada keluarganya, terutama suami dan anak-anaknya yang telah menjadi teras kekuatannya dan membolehkan dirinya menyumbang kepada negara.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Profesor Jeanette Hacket, Naib Canselor Universiti Curtin yang telah dianugerahi anugerah berprestij iaitu "Member of the Order of Australia" pada sambutan Hari Australia baru-baru ini.

Universiti Curtin menganugerahkan ijazah kehormat teknologi kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006.

- Bernama

klik LIKE dibawah :)

Tiga Orang menteri kantoi menonton video lucah [video inside]

New Delhi : Tiga orang ahli politik dari Parti Konservatif India telah mengundurkan diri kerana ''kantoi'' menonton Video Lucah melalui telefon bimbit di dalam sebuah sidang Parlimen negara bahagian.



Beberapa rancangan Televisyen di India telah menayangkan berita tersebut kepada umum dan menyebabkan tiga orang Menteri tersebut mengundur diri. Menteri yang terlibat ialah Menteri Koperasi Negeri Kartanaka, Laxman Savadi telah menunjukkan video lucah itu kepada rakannya CC Patil, Menteri Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak. Kejadian berlaku ketika Sidang Parlimen Negeri Kartanaka berlangsung.

Pemilik telefon bimbit itu ialah Menteri Sains dan Teknologi, Krishna Palemar juga telah mengundurkan diri mereka. Mereka mengundurkan diri kerana ingin membersihkan Nama baik Parti Mereka.

Mereka juga mengulangi kepada masyarakat, mereka tidak akan memalukan Nama baik Parti Mereka iaitu Bharatiya Janata Party, (BJP) yang beraliran Nasionalis Hindu. BJP merupakan Parti yang berkuasa di Negeri  Kartanaka.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan dari Para Aktivis kanan, kumpulan-kumpulan Sayap Hindu dan juga Parti Kongres yang menuntut pembubaran Parlimen. Mereka berpendapat kejadian ini memalukan dan menjatuhkan maruah kaum wanita.

Walaubagaimanapun, Parlimen negeri tersebut telah mewujudkan suruhanya dan melantik enam orang pegawai untuk menyiasat kes itu.Suruhanjaya tersebut diberi masa sehingga 12 Mac akan datang untuk menyerahkan hasil siasatan tersebut. Demikian IBV melaporkan.

VIDEO :


klik LIKE dibawah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More