Berita Politik

http://wikimalay.blogspot.com/.Politik Malaysia - Pakatan Rakyat,UMNO,PAS,PKR,MCA,MIC,DAP dan lain-lain by wartaJINGGA - Premiumbloggertemplates.com.

Teknik Seks berkesan untuk suami dan Isteri

Dalam kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga gemar melakukan seks secara terus tanpa memikirkan impak yang bakal diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti mingguan yang wajib dilakukan tetapi langsung tidak menitikberatkan teknik-teknik menarik yang boleh dipraktikkan bagi memancing hati pasangan. - milo-hot.blogspot.com.

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur bakal bergelar Doktor

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri, Malaysia, dianugerahi ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara. - Klik gambar untuk baca.

[DUNIA] Penyanyi Whitney Hudson ditemui mati di hotel

Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles. - Klik gambar untuk baca.

[DUNIA] Hujan berbentuk Ikan di Australia

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ. - click gambar untuk baca lagi.

This is default featured post 6 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 7 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Monday, 27 February 2012

(FAKTA) petua hilangkan tanda hitam di ketiak

Petua... Hilangkan tanda hitam di ketiak


Hilangkan tanda hitam di ketiak
Kacau cuka putih dan soda penaik dan sapukan pada ketiak dua kali sehari. Soda penaik yang diadunkan dengan cuka, dapat membantu memutihkan ketiak yang kurang menawan.Alternatifnya, sapukan sahaja jus limau pada ketiak dan gosokkan limau di bawah tangan anda selepas mandi agar ia menjadi putih berseri. Ulangi dua kali sehari.





Putihkan gigi berkarat
Masalah gigi kekuningan memang merunsingkan apatah lagi jika ia sukar untuk dihilangkan. Untuk memutihkannya sebenarnya agak mudah.Bersihkan biji asam jawa dan gorenglah ia tanpa minyak sehingga garing. Selepas itu, tumbuk sampai hancur. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga rata.Sapulah pada gigi setiap hari dan lihat keberkesanannya.


Bibir lembut mempesona
Usah risau jika bibir anda pucat, merekah atau tidak cantik. Campuran gula dan madu dipercayai dapat membantu dalam menghasilkan bibir yang lembut dan mempesonakan.Letak sedikit madu di tapak tangan, kemudian ambil secubit gula pasir. Gaulkan ia secara rata dengan madu tadi. Sapukan pada bibir selama beberapa saat. Kemudian, lap dengan tuala lembap.


Hapuskan masalah daki di badan
Ambil segenggam beras dan cuci hingga bersih. Goreng tanpa minyak kemudian tumbuk sehingga halus. Perah limau nipis pada beras tadi.Gaulkan hingga sebati kemudian lumur dan urutkan ke seluruh badan. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selamat mencuba!

Saturday, 25 February 2012

[VIDEO] COMEL!! Anak kucing British Shorthair baru bangun tidur

VIDEO :) Sila tengok video dibawah ini !









klik LIKE dibawah :)

IPAD MURAH DISINI



[KELANTAN] Stadium baru buat Rakyat Kelantan dari Sultan Muhammad


TAHNIAH KEPADA PENYOKONG KELANTAN | menjunjung kasih kpd DYMM Sultan Muhammad V diatas pekenan Baginda Tuanku mengHADIAHkan tanah seluas 8 ekar di Tunjong untuk pembinaan stadium baru TRW.



"Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk membenarkan tanah seluas kira-kira 40 hektar di kawasan Tunjong dibangunkan, termasuk membina stadium canggih seluas lapan hektar di mana reka bentuknya berdasarkan Stadium Cardiff City"

"Baginda juga bersetuju untuk melantik Syarikat Casamesra Sdn Bhd untuk membina stadium berkenaan berdasarkan reka bentuk yang diberikan oleh KAFA, selain itu, KAFA juga akan menguruskan mengenai pengurusan stadium berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis penajaan Mamee-Double Deecker (M) Berhad kepada persatuan itu hari ini"

ciri2 The Fortress - Home Of The Red Warriors

---> DIBINA KHUSUS UTK BOLASEPAK sahaja
---> Capacity tempat duduk berbumbung serta bernombor ialah 30,000
---> BERTUKAR CORAK DAN WARNA MENGGUNAKAN LIGHTING EFFECT
---> MEMPUNYAI RUANG SOLAT DI EMPAT PENJURU
---> menemparkan HALL OF FAME AND TROPHY ROOM
---> TRW megamall



APTB @ TAHNIAH BUAT RED WARRIORS
SILA LIKE DAN SHARE
klik LIKE dibawah :)

Friday, 24 February 2012

[PELIK] Kucing ada dua muka dan tiga mata

Kucing ini berasal dari Amazon, Dia kelihatan seperti Frankenstein dari felines. Kucing ini dilahirkan oleh ibunya di rumah tuannya yang berumur 47 tahun. Asalnya, kucing ini bermata empat tetapi di tengah-tengah nya mata itu telah bercantum menjadi mata ''gergasi''. Menurut kajian Saintis, kucing ini mempunyai dua otak kerana apabila satu mata tidur, dan satu lagi berupaya untuk melihat sekelilling. 





klik LIKE dibawah :)

[Video] Umat Islam demo depan kedutaan Amerika kerana Tentera Amerika Bakar Al- Quran



Kira-kira 200 umat Islam dan mahasiswa berarak selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi mengecam tindakan tentera Amerika itu membakar al-Quran di Afghanistan baru-baru ini.
NONE
Sambil melaungkan slogan anti-AS dan Yahudi, berselawat dan bertakbir, mereka juga merentangkan beberapa kain rentang dan poster yang tertulis "Respect our Quran" (hormati al-Quran kami) dan "Damn You US Army (Jahanam kamu Tentera AS).



"(Tindakan) ini bukan kali pertama, sebelum ini melalui paderi dan orang tertentu yang mengancam untuk membakar Al-Quran kononnya untuk memperingati peristiwa 11 September.



"Mereka menganggap Al-Quran menganjurkan peperangan dan jenayah, sebenarnya tanggapan itu salah, tidak benar dan keterlaluan.


NONE
"Mereka tidak memanggil ulama Islam untuk berbincang," kata Ketua Pemuda PAS Nasarudin Hasan (gambar kiri, kedudukan kanan sekali) yang mengetuai perhimpunan itu dalam sidang media selepas itu.



Katanya, tentera Amerika itu tidak menghormati Al-Quran, bahkan umat Islam tidak pernah bertindak untuk membakar Injil - kita suci penganut Kristian.



"Jika tidak, tidak mustahil umat Islam akan bangkit di seluruh dunia," tegasnya.



'Duta AS enggan terima memo'



Nasrudin menggesa AS memberi jaminan supaya perkara itu tidak berulang dan mendesak tindakan tegas diambil terhadap tentera yang membakar Al-Quran kerana permohonan maaf saja tidak cukup.



Sementara itu, dalam memorandum yang diserahkan, Nasrudin berkata Pemuda PAS kesal dengan kerajaan Amerika Syarikat yang tidak mengambil tindakan atau inisiatif untuk menghalang kejadian ini berterusan.


NONE
"Dewan Pemuda PAS melihat Presiden Obama tidak serius dalam memulihkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di Amerika Syarikat khususnya dan dunia amnya," memorandum itu dipetik.



Dalam memorandum itu, Nasrudin juga mengingatkan kepada Amerika Syarikat dan NATO di Afghanistan sekiranya tindakan tentera Amerika itu tidak dibendung, maka satu lagi 'perang kecil' akan berlaku.



Memorandum itu cuba disampaikan sendiri oleh Nasrudin bersama tiga lagi pemimpin Pemuda PAS kepada ketua keselamatan kedutaan Amerika kira-kira jam 2.40 petang.



Nasrudin bagaimanapun mendakwa duta negara itu di sini enggan menerima memorandum tersebut.


APTB@ tidak nampak kelibat Hassan ali dan Ibrahim Ali
SUKA PERJUANGAN INI ?
klik LIKE dibawah :)

Thursday, 23 February 2012

[SENSASI] Aznil akan menjadi Senator?


Yahoo! Malaysia melaporkan Pensyarah Kanan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah menyatakan tentang peranan dan pengaruh industri hiburan yang berkembang ke period yang lebih besar di dalam kurun informasi ini. 


Bahkan kepentingannya berlebihan berbanding di dalam kurun-kurun sebelumnya yang rata-rata hanya berlegar tentang posisi hiburan khususnya pada media seperti filem, televisyen, dan bahan bercetak misalnya akhbar dan majalah. Kandungan hanya berpusat pada hal ehwal kehiburanan seperti naskah-naskah filem, drama, lagu, artis dan sebagainya.

Sebaliknya sekarang kata Dr Abu Hassan, adalah era ekonomi kreatif dengan industri kreatif sebagai salah satu industri utama, atau industri ketiga dalam KDNK negara bahkan dunia seluruhnya. 

Maka tentulah untuk menguruskan industri kreatif memerlukan mereka yang memiliki keupayaan pengetahuan yang mendalam tentang makna, bentuk, kandungan, dasar-dasar, rencana strategi dan masa depan bukan sekadar hanya berasaskan pengalaman dalam industri hiburan semata-mata.

Justeru itu Dr Abu Hassan yang juga juri tetap program Pilih Kasih, semalam mencadang beberapa nama warga seni yang pada perkiraannya mampu mengambil alih suara Jins Samsuddin sebagai Senator di Dewan Negara. 

Katanya juga, industri kreatif memerlukan suara untuk pihak penggubal akta atau pelaksana kerja-kerja negara turut mendengar apa yang harus diperkatakan oleh wakil industri kreatif. Aznil Nawawi, Rosyam Nor, Eirma Fatima, Aziz M Osman dan Datuk Faridah Merican antara yang disebut-sebutnya di dalam perkiraannya selaku pemerhati politik dan hiburan Malaysia.

Cadangan itu disambut baik oleh pengacara popular Akademi Fantasia, Aznil Nawawi yang menghargai perkiraan Dr Abu Hassan yang melihatnya sebagai antara yang memiliki kelayakan menjadi wakil suara industri kreatif.

“Saya merasakan amat dihargai apabila disebut sebagai yang layak untuk menjadi Senator di Dewan Negara. Namun begitu kepercayaan ini tentunya datang bersama tanggungjawab yang besar. Setelah berada di dalam dunia penyiaran dan hiburan kurang lebih 22 tahun, saya menjadi saksi kepada kepelbagaian pasang surut industri seni apalagi sepak terajang di dalam gelanggang ini. Pelbagai cerita kekecewaan dan kecapan kejayaan dapat dijadikan pemangkin kepada penggubalan dasar hiburan negara yang lebih terancang, realistik dan komprehensif.

“Bagi saya perlantikan seseorang untuk mewakili bidang hiburan di peringkat tertinggi dan melaporkan diri secara terus kepada pemerintah adalah umpama seorang menteri yang mempunyai KPI nya tersendiri. Bagi saya dia adalah Menteri Hiburan.

“Saya bersedia untuk menjadi perwakilan golongan seni ke Dewan Negara jika diberi peluang dan akan memastikan segala penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan negara mengambil kira hak dan suara penggiat seni. Pemahaman mengenai sosio ekonomi dan politik negara amat penting dan bukan sekadar mampu berdebat mengenai isu-isu kecil dunia seni seperti gosip, kontroversi dan skandal,” kata Aznil.

Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era, melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang. Baginya ia satu tanda aras belum kita nampak dalam pencapaian kemajuan bidang ini sejak negara mensasarkan tahun 2020 sebagai tahun Malaysia Maju. 

Bidang hiburan agak ketinggalan jauh berbanding bidang lain yang begitu cepat mengejar kemajuan terutama dari segi digital, informasi dan teknikal.

“Kita ada kurang dari 8 tahun untuk tujuan itu supaya dunia hiburan dapat berdiri sama tinggi dengan bidang lain. Saya sudah melibatkan diri sebagai penggiat seni sejak dari zaman analog (pengurusan secara tradisional, kecil-kecilan dan hardcopy) sehinggalah di zaman digital (serba serbi secara IT) ini amat merasakan kita tidak seharusnya hanyut dalam dunia permodenan. Saya menjadi saksi dan penggiat aktif dalam perubahan infrastrukur pembangunan.

“Jadi kepandaian akademik, pengalaman jatuh bangun dan keupayaan membuat unjuran perniagaan ini di masa akan datang harus digandingkan dalam menyuarakan perjuangan di peringkat yang didengari. Ya, saya bersedia,” katanya bersemangat.

Pada Aznil, seseorang Senator yang mewakili golongan seni di Dewan Negara seharusnya memainkan peranan sebagai perwakilan rakyat dan menteri dunia hiburan. Dia seharusnya berupaya mewakili golongan seni, pertama untuk bercakap mengenai sejarah - kerana hanya mereka yang tahu asal usul bidangnya yang akan memahami situasi semasa.

Menurutnya, dengan mengetahui sejarah, sektor yang diwakili itu juga memperlihatkan tindakannya lebih realistik dalam menyuarakan setiap tuntutan. Pengetahuan latarbelakangnya juga memungkinkan seseorang itu membuat analisa yang lebih mendalam. 

Beliau juga akan dilihat sebagai seorang yang memahami perjuangan golongan yang sebelumnya. Senator yang mewakili golongan seni turut harus sekurang-kurangnya memahami sejarah pembangunan dunia seni hiburan negara maju lain sebagai perbandingan.

“Ini penting untuk melihat akan kesesuaian dasar mereka yang boleh digunapakai oleh negara kita. Tiada guna jika kita menjadi perwakilan di Dewan Negara jika kita sendiri tidak tahu dari mana kita bermula dan suara kita dilihat sebagai suara kosong. Jadi di sinilah peranan 'kementerian hiburan' itu memainkan peranannya sebagai penyimpan data dan sejarah jatuh bangun dunia hiburan.

“Kedua, bercakap mengenai masa kini - seseorang Senator yang mewakili dunia hiburan seharusnya seorang yang peka kepada perubahan dan perkembangan dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara. Dia seharusnya tidak terperuk dengan kaedah lama yang sudah 'tamat tempoh' tetapi seharusnya lebih terkini.

“Fungsi Senator harus mampu bercakap dan bertindak mengikut formula dan acuan masa kini dan tidak dilihat sebagai terkebelakang. Untuk lebih relevan, fungsi Senator itu juga harus menjadi ejen perubahan kepada industri yang diwakilinya. ‘Mind set’ penggiat seni juga harus diubah dan melalui revolusi untuk bergerak sepantas perubahan IT.

“Tidak segan pada perubahan IT menjadikan beliau sebagai seorang yang kebal diuji arus permodenan. Kita harus didedahkan, dipersiap dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat global pada masa kini. Fungsi mewakili masyarakat seni masa kini bukan sahaja dari segi IT tetapi juga dari segi modal insan,” katanya.

Lebih daripada itu kata Aznil, Senator harus boleh bercakap, berbahas dan membuat usul mengenai hak golongan seni mengenai apa sahaja termasuk soal kebajikan, budaya, pendapatan, jati diri, pembangunan diri, penyelidikan, kesihatan, simpanan, perniagaan, moral, persaingan, anjakan diri, kebebasan berkarya, kebebasan bersuara, kebebasan memberi pendapat, kebebasan bertanya, nilai tambah, kepelbagaian berbanding pengkhususan, multi skill dan sebagainya.

Ketiga kata Aznil, harus boleh bercakap mengenai masa hadapan. Ini penting kerana fungsi Senator dilihat sebagai pencipta landasan baru untuk generasi akan datang. Fungsinya juga adalah untuk memastikan keputusan yang dibuat hari ini akan terus relevan untuk masa depan.

“Peranan yang lebih penting adalah untuk mempersiapsediakan penggiat seni kita untuk bersaing di peringkat global dan bukan hanya sebagai pemerhati. Kaedah jaguh kampung sudah tidak sesuai. Fungsi ini harus disulam dalam banyak perancangan masa depan kerajaan terutama dalam bidang pelajaran, latihan, komunikasi, teknologi dan sumber manusia.

“ Wawasan yang jauh harus menjadi agenda yang tidak kurang penting dalam merangkakan pembangunan sektor hiburan di 'kementerian hiburan' ciptaan Senator Hiburan ini. Kerja ini memerlukan sokongan tenaga pakar penyelidik teknikal dan disokong oleh potfolio besar bukan persatuan kecil atau perseorangan.

“Dan keempat, bercakap mengenai sektor lain juga. Walaupun hanya mewakili golongan seni, fungsi Senator seharusnya dilihat sebagai seorang yang tahu perkembangan sektor lain dan tidak syok sendiri. Seharusnya juga dia juga mampu berdebat dan membeti pendapat pada isu negara yang lain dan tidak hanya terhad kepada dunia hiburan.

“Prioriti kepada semua fungsi di atas, bahu Senator sebagai 'menteri hiburan' tentunya bertindak sebagai pemberi maklumat, latar belakang, kajisn terperinci, resolusi dan pengukur keberkesanan kepada penggubal dasar kerajaan. Maknanya, dalam apa sahaja dasar yang ingin dibentuk atau diubah oleh kerajaan seharusnya mengambil kira suara wakil sektor hiburan,” katanya



credit :darisungaiderhaka! YAHOO
SUKA ARTIKEL INI ?
klik LIKE dibawah :)

[SENSASI] Gambar Akad NIkah Yusry KRU dan Lisa Surihani

GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN LISA SURIHANI DAN YUSRI ABDUL HALIM (KRU) SELAMAT BERLANGSUNG. SEKALI LAFAS AKAD NIKAH SAH LISA DAN YUSRI SEPASANG SUAMI ISTERI.

majlis yang berlangsung sederhana itu bertemakan “winter garden” dan yusri telah memberikan rantai platinum sebagai mas kahwin kepada pelakon jelita lisa surihani kini sah bergelar isteri kepada salah sorang pengasas kru studios.
Lisa dengan hantaran menarik 9 dulang telah dibalas dengan 7 dulang oleh pihak yusri. tahniah kepada yusri dan lisa.
nantikan gambar yang akan dimuat naik dari semasa kesemasa dilaman ini.


Sumber : illustrasiaku.com

SUKA DENGAN POST INI SILA
klik LIKE dibawah :)

[FAKTA] Panas!! Harapkan PEGAR, PEGAR makan Padi

Story ni gua petik dari bebaduz2,blogspot.com

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.
Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei.
Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook:
clip_image002
Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.  
OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:
clip_image004
Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?
Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?
Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.
Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.
Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:
clip_image006
“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”

Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.
clip_image008
Namaku Si Pegar, bukan Pagar!

Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.
Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).
Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.
Mula-mula ingat nak share dekat facebook je, tapi Rashid galakkan share dekat blog. Biar kongsi ilmu dengan ramai sikit orang. Sebelum ni saya pernah janji dengan Rashid nak post pasal kenapa chicken pox boleh berjangkit dua kali (tapi takde peluang lagi, tapi insyaAllah akan ditulis jugak nanti, kamu tunggu ya Rashid...votayhehehe).
Disebabkan janji tu belum ditunaikan, saya pun publishlah dulu pasal pegar dan batok ni dalam blog.
clip_image010
OK Rashid, janji yang ni sudah saya tunaikan!
Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.
So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)
ANDA SUKA ARTIKEL INI ?
klik LIKE dibawah :)

Wednesday, 22 February 2012

[FAKTA] Lelaki terpendek Di Dunia


KATHMANDU (Nepal): Pegawai Rekod Dunia Guinness akan tiba di ibu kota Nepal, Kathmandu, Ahad ini bagi mengukur seorang lelaki 72 tahun yang mungkin lelaki terpendek di dunia.


Hanya 56 Sentimeter




Encik Chandra Bahadur Dangi dikatakan setinggi hanya 56 sentimeter, dan beliau berharap diisytihar sebagai lelaki terpendek di dunia, gelaran yang kini disandang Encik Junrey Balawing dari Filipina, yang setinggi 60 sentimeter.

Encik Dangi, yang setinggi seorang kanak-kanak baru belajar bertatih, tiba di Kathmandu dengan menaiki pesawat semalam. Menurut Encik Dangi, ini kali pertama beliau mengembara keluar dari kampungnya di Rhimkholi, kira-kira 400 kilometer ke barat Kathmandu, dan menaiki pesawat.

Beliau tidak pernah berumah tangga dan kerana kependekannya, tidak pernah keluar bekerja. Encik Dangi mempunyai lima adik-beradik lelaki yang semuanya normal. Mereka tidak pasti bila Encik Dangi, yang tidak pernah menjalani pemeriksaan doktor, berhenti membesar.

Keunikan Encik Dangi hanya mendapat perhatian baru-baru ini setelah seorang kontraktor memotong kayu balak tiba di kampung Encik Dangi dan ternampak beliau dan kemudian memberitahu media tentangnya.Sebelum Encik Balawing, lelaki paling pendek di dunia ialah Encik Khagendra Thapa Magar, juga dari Nepal, yang setinggi 67 sentimeter. -- AP.

SUKA ARTIKEL INI ?
SILA KLIK LIKE :)

klik LIKE dibawah :)

[FAKTA] BUATMU NAJIB, AKU BANGGA JADI ANAK KELANTAN

BARU-BARU INI NEGERI KELANTAN DIHINA OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BERNAMA NAJIB TUN RAZAK KERANA DIANGGAP MISKIN. DIANGGAP MISKIN KERANA NEGERI INI DIPERINTAH OLEH PAS. TEETAPIII.......
AMBO NOK OYAK,AMBO BANGGO JADI ANOK KELATE !!



WALAUPUN NEGERIKU NEGERI MISKIN TAPI......

=-> Kelantan negeri miskin tiket Bola terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh

=-> Kelantan negeri miskin Baju TRW lengan pendek Rm 80,lengan panjang Rm 100 tetap di beli juga

=-> Keuntungan Tesco di kelantan antara yang TERTINGGI di Malaysia

=-> Cuba di ketuk pintu 10 biji rumah Banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina je, tapi di Kuala Lumpur?

=-> Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu

=-> Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand

=-> Kelantan negeri miskin tapi ramai kaum hawanya yg mampu miliki EMAS sampai ke siku

=-> Kelantan negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negerinya

=-> Kelantan negeri miskin tapi dalam penerbangan tak kira Airasia, MAS dan Fireflyz selalu penuh!

=-> Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat)

hanya orang yang pernah pergi ke kelantan jer tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang kelantan

Ya Allah,Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.


SUKA DENGAN ARTIKEL INI ?
klik LIKE dibawah :)

SAYA ORANG KELANTAN, MERAYU KEPADA ANDA SEMUA SUPAYA SHARE ARTIKEL INI.

Remaja Ketagih Seks Pelik tekad Berubah

KUALA LUMPUR: Menjijikkan apabila seorang gadis yang baru berusia 16 tahun mengaku mempunyai selera seks pelik, termasuk gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan, selain nafsunya meluap-luap setiap kali gigitan cintanya pada leher lelaki mengeluarkan darah.
Lebih mengejutkan, Iza yang berasal daripada sebuah negeri di utara tanah air mendakwa ketagih darah hinggakan nafsunya membuak-buak apabila memakan ayam yang masih ada darah kerana tidak dimasak dengan betul.

Menurut Iza, selera peliknya bermula selepas berkenalan dengan seorang remaja tidak bersekolah yang bekerja di kedai makan berhampiran rumahnya.
“Sebenarnya lelaki itu kawan baik bekas teman lelaki saya. Namun disebabkan kerap melakukan hubungan kelamin, saya jadi ketagih dan mudah ‘diayat’ lelaki.
“Dia lebih gemar melakukan hubungan intim ketika saya datang haid dan kami melakukannya dalam keadaan saya berlumuran darah.
“Namun peliknya setiap kali kami bersama, selepas itu tiba-tiba saya didatangi haid walaupun sepatutnya belum waktunya. Saya merasakan seolah-olah terkena sumpahan dan berasa takut dengan azab Tuhan.
“Saya teringat cerita bahawa dajal dilahirkan hasil hubungan bapa dengan ibunya ketika dalam haid. Terdetik di hati, jika saya mengandung, anak apakah yang akan lahir nanti?” katanya.
via metro


ANDA SUKA ARTIKEL INI ?

klik LIKE dibawah :)

Tuesday, 21 February 2012

[JENAYAH] Al-Quran dibakar oleh Rejim tentera Asing

KABUL 21 Feb. - Satu protes tercetus di luar sebuah pangkalan utama tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan Kabul, hari ini ekoran dakwaan tentera asing membakar bahan bacaan Islam termasuk kitab suci Al-Quran.



Menurut seorang jurugambar AFP, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan mengepung pangkalan udara Bagram, utara Kabul. Mereka turut melemparkan bom petrol ke arah pagar pangkalan tersebut.

Komander AS di Afghanistan, Jeneral John Allen berkata, beliau ada menerima laporan tentang tindakan tentera melupuskan bahan bacaan Islam termasuk al-Quran dengan cara yang tidak sepatutnya.

Beliau juga katanya telah mengarahkan satu siasatan dijalankan berhubung kejadian tersebut yang dilakukan tentera di Bagram.
"Selepas mengetahui tentang perkara itu, kami segera menghentikannya. Semua bahan bacaan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk diuruskan dengan betul.

"Saya meminta maaf bagi setiap kesilapan yang mungkin berlaku kepada Presiden Hamid Karzai, Republik Islam Afghanistan dan yang paling penting kepada semua rakyat negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Penjara Bagram, Ahmad Kabir berkata, kebanyakan penunjuk perasaan merupakan pekerja di pangkalan tentera terbabit dan sebahagiannya mendakwa ternampak cebisan al-Quran dibakar di pangkalan itu.
"Saya tidak nampak kejadian itu, jadi siasatan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian," katanya.

Jurucakap polis Ashamat Estanakzai pula berkata, satu lagi protes disertai 500 penunjuk perasaan turut diadakan di daerah Pul-e-charkhi, berhampiran pangkalan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Jalalabad.
Beberapa protes sama sebelum ini bertukar ganas di Afghanistan, sebuah negara Islam yang memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan menghina agama. - AFP/AP

LIKE THIS BLOG UNTUK MENDAPATKAN LEBIH BANYAK INFO :

klik LIKE dibawah :)

Monday, 20 February 2012

Kucing dipenggal kepala oleh seorang lelaki

Otak di Lutut selalunya memang akan buat perkara pelik. Kucing yang comel dipenggal kepala. Gilakah Lelaki ini ?
Perbuatan ini sepatutnya diambil tindakan tegas, kerana ini jelas menunjukkan kezaliman manusia terhadap binatang. 

Bagaimana seseorang tergamak bertindak begitu zalim terhadap haiwan yang comel camtu?

APTB @ tak mau kasik la aku..boleh aku bela..kan kan?



klik LIKE dibawah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More