SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Saturday 11 February 2012

Pengetua disiasat kerana melanggan pelacur

Antara sekitar 80 orang, termasuk kakitangan awam, yang disoal polis berkaitan aktiviti maksiat di Internet



KIRA-KIRA 80 orang, termasuk beberapa kakitangan awam, kini sedang disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan maksiat yang ditawarkan oleh sindiket pelacuran menerusi Internet.

Difahamkan, antara kakitangan awam yang disiasat itu termasuklah beberapa pegawai kanan, dengan seorang daripada mereka merupakan pengetua sebuah sekolah terkenal.Polis dalam jawapannya kepada Berita Minggu mengesahkan ia sedang menjalankan siasatan ke atas operasi maksiat yang dijalankan secara dalam talian itu.

'Memandangkan siasatan kini sedang dijalankan, adalah tidak wajar untuk kami memberikan perincian lebih lanjut pada ketika ini,' kata jurucakap polis itu.Akhbar ini difahamkan bahawa kegiatan maksiat ini melibatkan gadis bawah umur.Tidak dapat dipastikan sama ada kes ini melibatkan gadis tempatan atau warga asing.Akhbar berbahasa Cina, Shin Min, semalam melaporkan, pengetua sekolah itu telah meletakkan jawatan.

Beliau berusia dalam lingkungan 30-an tahun, telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak.Akhbar itu juga melaporkan, pengetua sekolah berkenaan menikmati kenaikan pangkat yang pantas - bermula sebagai guru sebelum menjadi ketua jabatan dan akhirnya sebagai pengetua sekolah - dalam masa beberapa tahun sahaja.

Usaha akhbar itu menjejaki beliau di kondominiumnya tidak berhasil.Dalam pada itu, sebuah lagi akhbar berbahasa Cina, Lianhe Wanbao, semalam melaporkan antara yang disoalsiasat termasuklah kakitangan awam berpakaian seragam.Menurut sumber-sumber, kes ini terbongkar ekoran siasatan polis terhadap satu kes mencabul kehormatan.

Dalam siasatan itu, polis mendapati seorang lelaki yang bertindak sebagai ' bapa ayam' menyimpan senarai nama orang-orang yang menghubunginya untuk mendapatkan khidmat budak perempuan di bawah umur itu.Berita Minggu difahamkan, polis hampir selesai menjalankan siasatannya.Siasatan yang dilakukan ini berlaku tidak lama selepas polis menumpaskan satu sindiket pelacuran yang beroperasi di Bukit Panjang pada Disember lalu.

Seramai 23 suspek yang terdiri daripada 11 lelaki dan 12 wanita berusia antara 24 dengan 38 tahun, telah diberkas.Operasi tersebut telah dijalankan oleh para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Risikan Polis (PID).

Namun begitu, polis menyatakan kedua-dua kes tiada kaitan antara satu sama lain.Khidmat pelacuran yang ditawarkan menerusi Internet bukan sesuatu yang baru.Akhbar berbahasa Inggeris, The New Paper, pada Disember lalu melaporkan, kini terdapat sekurangkurangnya 20 laman di Internet yang menawarkan pelacur di sini.Kebanyakan laman ini berpangkalan di luar negara dan menyediakan 'panduan' tentang bagaimana seseorang itu boleh menempah pelacur.

Nombor telefon tempatan diberikan kepada pelanggan agar mereka boleh membuat panggilan atau mengirim pesanan ringkas (SMS) untuk membuat tempahan.Akhbar Lianhe Wanbao semalam melaporkan, seseorang yang mahu mendapatkan khidmat seorang pelacur warga Thailand perlu membayar antara $110 hingga $140 bagi tempoh 90 minit.




Pelanggan yang berminat untuk memuaskan nafsu dengan pelacur warga Korea, yang wajahnya mengalahkan artis K-Pop pula, perlu sedia membayar sekurang-kurangnya $260 bagi perkhidmatan selama 45 minit sahaja.Kelmarin, seorang ahli perniagaan, Peter Gerard Chang Liang, 43 tahun, telah dipenjara tiga bulan kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur warga Vietnam pada Mei tahun lalu.Mereka yang disabitkan kesalahan berkaitan pelacuran boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga $10,000. 

klik LIKE dibawah :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More