Berita Politik

http://wikimalay.blogspot.com/.Politik Malaysia - Pakatan Rakyat,UMNO,PAS,PKR,MCA,MIC,DAP dan lain-lain by wartaJINGGA - Premiumbloggertemplates.com.

Teknik Seks berkesan untuk suami dan Isteri

Dalam kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga gemar melakukan seks secara terus tanpa memikirkan impak yang bakal diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti mingguan yang wajib dilakukan tetapi langsung tidak menitikberatkan teknik-teknik menarik yang boleh dipraktikkan bagi memancing hati pasangan. - milo-hot.blogspot.com.

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur bakal bergelar Doktor

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri, Malaysia, dianugerahi ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara. - Klik gambar untuk baca.

[DUNIA] Penyanyi Whitney Hudson ditemui mati di hotel

Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles. - Klik gambar untuk baca.

[DUNIA] Hujan berbentuk Ikan di Australia

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ. - click gambar untuk baca lagi.

This is default featured post 6 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 7 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, 19 February 2012

[JOHOR] Jadi pelacur semata-mata untuk simpan duit bekalan kematian




KUALA LUMPUR: Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.

Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.


Itulah tindakan sebahagian wanita pekerja seks dari China yang sanggup ‘berkhidmat’ di negara ini semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin.

Mereka mudah berbuat demikian kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai.


Ini dibuktikan apabila siasatan polis mendapati ada antara wanita terbabit mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV.


Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.

Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.


“Mereka mengaku ke Malaysia untuk mencari duit sebanyak mungkin dan berbuat demikian hingga penghujung nyawa, walaupun menyedari menghidap Aids atau pembawa virus HIV,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Berdasarkan siasatan, katanya, kebanyakan wanita terbabit menguruskan sendiri kemasukan ke negara ini dan dengan kos tidak sampai RM500, mereka mampu membawa pulang RM36,200 selepas hanya ‘bekerja’ 20 hari. Itu juga menjadi punca ramai wanita asing gemar ‘cari makan’ di Malaysia.


“Lazimnya wanita, terutama dari China, diberikan gred iaitu A, B atau C. Di Malaysia, kebanyakan wanita terbabit sebenarnya cuma gred C, manakala gred A atau B mengisi keperluan di negara sendiri atau negara maju lain.


“Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa.


“Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari tanpa mengetahui status lelaki ditiduri, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit berjangkit.


“Lebih mengecewakan, ada antaranya terus menjalankan aktiviti itu walaupun menyedari mereka berpenyakit.


“Ini tidak termasuk status kesihatan lelaki asing yang meniduri mereka ketika masih dikategorikan gred A atau B di negara lain sebelum ini,” katanya.


Menurut Abdul Jalil, setakat ini warga China, Thailand, Indonesia dan Vietnam masih mendominasi kegiatan maksiat di negara ini berdasarkan statistik diperoleh D7 hasil tangkapan pada 2010 dan 2011, meskipun wujud pekerja seks dari negara baru seperti Uganda dan beberapa negara Timur Tengah.


Katanya, ada antara negara terbabit mencatatkan penurunan, manakala ada juga yang menunjukkan peningkatan dan ia dipercayai didorong beberapa faktor, terutama bahasa.


“Sebagai contoh pada 2010, jumlah tangkapan membabitkan wanita China sebanyak 6,199 orang manakala pada 2011 jumlahnya menurun kepada 5,795 berbanding Vietnam yang mencatat peningkatan kepada 812 tangkapan (2,823 orang) pada 2011 berbanding 2,105 orang pada 2010,” katanya.


Secara kasar, katanya, polis mendapati kebanjiran wanita Vietnam disebabkan mahir berbahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa itu yang memudahkan mereka berurusan dengan pelanggan.


“Jika wanita China, pelanggan yang tidak pandai berbahasa Mandarin atau Hokkien terpaksa membuat tawaran melalui kalkulator (menaip angka) untuk meminta diskaun dan ia merumitkan, berbanding hanya menyebut angka dalam bahasa Inggeris dengan wanita dari Vietnam.


“Ia seakan-akan lucu, tetapi itulah fenomena yang berlaku berdasarkan pengamatan polis dalam beberapa serbuan sebelum ini,” katanya.


Metro Ahad difahamkan, berdasarkan hitungan kasar, wanita warga asing menawarkan perkhidmatan serendah RM180 untuk sekali perkhidmatan dan jika didarab dengan 10, ia menjadi RM1,800 jika mereka ‘bekerja’ dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.


“Jumlah RM1,800 jika dikumpul selama 20 hari menjadikan pendapatan mereka RM36,000 dan selepas ditolak perbelanjaan makan, minum serta sewa rumah, mereka masih mampu membawa pulang RM30,000.


“Itu bagi mereka yang tidak mengamalkan cara hidup mewah dan jika berbelanja RM10,000 sebulan sekalipun, mereka masih mampu membawa wang ke negara asal sebelum kembali semula ke Malaysia untuk mengumpul kemewahan,” katanya.


Sehubungan itu, beliau berharap kehadiran pelancong sebegini, terutama yang mempunyai cop keluar masuk lebih daripada dua kali ke negara ini, dipantau supaya kegiatan seperti itu dapat dibendung, selain merekodkan cap jari pelancong bagi mengelak identiti mereka dipalsukan.


“Kita tidak nafikan ada antara mereka benar-benar melancong dan berminat dengan keindahan negara kita, tapi pada masa sama kita harus berwaspada dan mengawasi pergerakan dengan memantau aktiviti dan mengetahui lokasi mereka.


“Mungkin kita perlu memperkenalkan sistem penjamin, iaitu mereka yang ingin ke negara ini perlu ada sekurang-kurangnya seorang penjamin bagi memastikan golongan ini tidak melanggar undang-undang negara dan jika ingkar, penjamin boleh dikenakan tindakan,” katanya.



via : metro

klik LIKE dibawah :)

Saturday, 18 February 2012

Gadis dijual gadis untuk melayan lelaki kuat Seks

TRIBUNPONTIANAK.CO.ID, CIREBON - DK alias Rara (20), seorang wanita warga kota Cirebon telah dianggap sebagai gadis murahan kerana dijual oleh seseorang yang tidak dikenali kepada lelaki hidung belang melalui orang tengah bapak ayam. Kemudian Rara dihantar ke sebuah Hotel Lima Bintang di Jalan Wahidin, Cirebon rabu lalu(malam) atas pesanan seorang lelaki yang bergelar jutawan.






Ketika asyik melayan nafsu lelaki berhidung belang tersebut hampir satu jam, pintu bilik hotel mereka diketuk. Aksi mereka terbantut kerana kehadiran pihak Polis ke Hotel berkenaan.


Pihak Polis yang menjalankan ''Operasi Bunga Lodaya'' telah hadir ke hotel berkenaan setelah melihat kelibat dua orang gadis di lobi hotel berkenaan lalu mereka disoal oleh Pihak Berkuasa tersebut. 


Setelah mereka disoal siasat, mereka akhirnya mengaku, mereka adalah dalang yang membawa rara kepada lelaki berhidung belang dan mempunyai nafsu yang memuncak. Sementara menunggu Rara dan lelaki tersebut selesai aksi seks mereka, mereka menunggu di Lobi Hotel berkenaan. 


Setelah soal siasat selesai, mereka dibawa ke Balai Polis di Resort Cerebon di Jalan Veteran, Kota Cerebon. Menurut sumber, kejadian ini dijalankan melalui telefon bimbit dan digelar, gadis bimbit.

klik LIKE dibawah :)

Friday, 17 February 2012

Guru Besar mati dalam rumah Pelacuran

JAKARTA: Seorang guru besar sekolah rendah kerajaan, SD Kemasan, Sugiono, berusia 52 tahun, dijumpai mati di dalam sebuah bilik bersama seorang pelacur di sebuah rumah pelacuran di Kediri, Jawa Timur, petang semalam.



Ketua Polis Kendiri Komisioner Adjutan, Wayan Winata berkata, “Kami tidak tahu sebab kematiannya. Kami masih menyiasat kes itu.”
Wayan berkata, Sugiono baru berurusan dengan pelacur yang bernama Titik Andayani, 27 dan setuju untuk membayar Rp50,000 (RM17) untuk khidmatnya.

Mereka menempah sebuah bilik di rumah kepunyaan seorang lelaki, Samiran, 48.


“Pelacur itu menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah keluar dari bilik air,” katanya.

Penghuni rumah pelacuran itu kemudian menelefon doktor dari klinik kesihatan awam Ngasem, tetapi gagal menyelamatkan Sugiono.

“Kami sudah siasat tempat kejadian dan tidak menemui bukti (yang mungkin dapat menjadi punca kematiannya), seperti pil dadah atau rangsangan,” katanya.

Polis sudah menghubungi keluarga Sugiono yang tinggal di Singonegaran, Pesantren, Kediri, katanya. - Jakarta Post

klik LIKE dibawah :)

Tuesday, 14 February 2012

[FAKTA] Lelaki paling gemuk didunia sarapan lapan hidangan hot dog sehari

London – Lelaki ini perlu ‘membaham’ sekurang-kurangnya lapan hidangan hot dog untuk sarapan pagi pada setiap hari dan memerlukan lebih dari 18 orang pembantu untuk memastikan dirinya terus bernyawa, sekaligus menjadikannya manusia paling gemuk di dunia.


Keith Martin, berusia 42 tahun dan tinggal di Harlesden, London, terpaksa mengharungi kehidupan sukar bagi dirinya akibat kegemukan terlampau dan dalam masa yang sama terpaksa juga membebankan ramai pihak lain yang mengambil berat tentang dirinya.
Berat terkini beliau adalah 368 kilogram menjadikannya dirinya di iktiraf sebagai lelaki paling gemuk di dunia mengalahkan ‘juara dunia bertahan’, Manuel Uribe dan Paul Mason yang berjaya menurutkan beratkan ratusan kilogram sebelum ini.
Menurut anggota pasukan medik yang melayan karenah Kieth, mereka memerlukan lapan pekerja ambulan untuk mengusung lelaki itu ke hospital untuk mendapat rawatan pada 10 tahun yang lalu.







Ia membawa maksud bahawa kali terakhir Keith bangun dari tempat tidurnya adalah pada 10 tahun lampau dan kini terpaksa menghabiskan masanya terlantar di atas katil sahaja menunggu lawatan unit perubatan di rumahnya.
Menurutnya lagi, Kieth memerlukan empat petugas medik untuk melawatnya dua kali sehari dan empat jururawat untuk memandikan serta memantau kesihatannya setiap minggu bagi membantunya mengurangkan berat badan.
Keith yang sedih atas kematian ibunya pada 16 tahun yang lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempedulikan tentang dirinya dan makan apa saja bagi menghilangkan tekanan.
“Ibu saya meninggal dunia pada 16 tahun lalu, saya tak peduli lagi tentang diri saya sejak itu..dan saya makan apa saja selepas itu..” katanya yang dipetik dari media antarabangsa, Dailymail.uk.com, baru-baru ini.
Bagaimanapun, lelaki paling gemuk di dunia itu menyesal dengan tabiat pemakanannya yang tidak terkawal itu dan menyalahkan dirinya yang bertindak mengikut kehendak hati tanpa memikirkan kesannya pada kemudian hari.
“Saya menyalahkan diri sendiri. Semua ini memang salah saya dan saya benci apa yang telah saya lakukan kepada diri sendiri,” katanya lagi penuh kesal.
Kieth memiliki dua orang kakak yang bergilir-gilir melawatnya setiap hari dan menghabiskan masanya menguyah gula-gula, kek, biskut dan sosej sambil menonton televisyen di katil.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
klik LIKE dibawah :)

[KISAH BENAR] Isteri maut dipukul suami


NIBONG TEBAL – Seorang surirumah maut dipukul di kepala dengan objek tumpul  dalam satu pergaduhan dengan suaminya di  kawasan lapang berhampiran tapak projek Jawi  Golf di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, Aye  Win, 33, mati ketika sedang mendapatkan  rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB) dipercayai  dipukul suaminya, Yan Paing Soe, 37.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau  Pinang, Asisten Komsioner Mohd. Nasir Salleh  berkata, mangsa yang berdaftar dengan Program  6P Jabatan Imigresen tinggal bersama suaminya  di kongsi tapak projek itu manakala dua anak  mereka ditinggalkan di Myanmar.
Menurutnya, polis menerima maklumat  daripada penyelia kontrak di situ yang mendapat  panggilan mengenai pergaduhan pasangan  terbabit dan menemui mangsa yang cedera di  kepala sebelum membawanya ke HSB.
“Mangsa mati ketika sedang dirawat di HSB akibat  kecederaan parah di kepala akibat dipukul  dipercayai menggunakan kayu beluti,” katanya hari ini.
Tambah Nasir, polis yang menjalankan siasatan  kemudiannya menemui beberapa serpihan kayu  beluti yang ada kesan darah serta mendapat  maklumat daripada seorang lelaki Myanmar yang  menyaksikan kejadian itu.
Katanya, pasukan forensik masih mengesan  suspek yang melarikan diri ke dalam semak  berhampiran dan kes disiasat itu mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, polis Daerah Seberang Perai  Selatan masih mengesan Yan Paing Soe yang  didakwa membunuh isterinya sendiri dalam   kejadian tersebut. – mynewshub.my

klik LIKE dibawah :)

Monday, 13 February 2012

'' Saya tidak idamkan DARA ''


JOHOR BAHRU: “Walaupun anak yang dikandung Anita bukan anak saya, tetapi saya ikhlas memperisterikannya. Saya juga tidak kisah digelar ‘Pak Sanggup’ kerana cintakannya,” kata Fadhil Rosman, 22, di sini, semalam.
Fadhil sanggup berkorban dan memperisterikan Anita, 18, yang hamil anak tidak sah taraf ketika usia kandungan remaja itu hampir mencecah tujuh bulan.
Menurut Fadhil yang bekerja di sebuah syarikat penghantar barang di sekitar bandar raya ini, berbanding jejaka lain mengidamkan wanita masih dara, hatinya pula terbuka menerima Anita kerana perasaan cinta dan simpati terhadapnya.
“Ketika saya berkongsi niat dan hasrat dengan rakan, ada ketawa malah ada menyatakan keputusan saya tidak masuk akal kerana kandungan itu bukan milik saya.
“Bagaimanapun, saya kuatkan tekad dan berdoa kepada Ilahi supaya apa saya impikan ini bukan impian semata-mata. Akhirnya doa saya dimakbulkan dan kami bernikah pada 29 November lalu,” katanya. – maklumat.my

klik LIKE dibawah :)

[VIDEO] Pembunuhan kejam di Indonesia

Kejadian ini berlaku di Indonesia pada tahun 2011. Menurut info, kejadian ini berpunca daripada pengikut gerakan Ahmadiah yang sesat. Tidak banyak info, sila tonton !





klik LIKE dibawah :)

Rakyat sanggup bunuh diri tuntut ganti rugi dari MB Pahang



klik LIKE dibawah :)

Ramai orang cemburu saya dapat Ijazah Doktor Kehormat - Rosmah Mansur

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin “kecewa dan cemburu” dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.
Sambil menyifatkan bidasan yang dilemparkan itu remeh, katanya pihak berkenaan juga telah mencipta budaya yang tidak sihat yang tidak memberi manfaat kepada Malaysia.
“Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar … Saya tidak tahu … Mungkin cemburu,” katanya yang , jelas kelihatan kecewa.
Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.
“Saya tidak tahu… apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.
“Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara,” katanya.
Diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Universiti Curtin memberikan anugerah itu, Rosmah berkata mereka perlu menyoal universiti Australia itu jika tidak berpuas hati.
“Saya tidak faham mengapa awak mempersoalkannya …. Adakah awak mempersoalkan Curtin University atau mempersoalkan saya? Curtin University yang memutuskan untuk memberi anugerah kepada saya. Awak soal (mereka), bukan saya,” katanya dengan nada kurang senang.
Isteri perdana menteri itu juga meminta pengkritik supaya tidak menjadikan dirinya mangsa jika mereka tidak berpuas hati.
“Pada saya, saya rasa orang luar negara luar tak ada isu dengan diri saya atau perdana menteri.
“Tetapi orang dalam (tempatan) ini terlampau banyak isu, dan saya rasa seharus beri fokus kepada perkembangan negara (seperti) macam mana kita boleh bangunkan negara… dari kita mengata antara satu sama lain.
“Kita buang masa mengata antara satu sama lain, bagi saya ini tidak sihat, kerana banyak lagi perlu kita lakukan untuk rakyat dan negara,” katanya.
via : laman kl today

klik LIKE dibawah JIKA ANDA RASA KELAKAR :)

Perbezaan ''roadbock'' di Malaysia dan Negara Luar

Banyak pengguna jalan raya di Highway tidak puas hati dengan sistem roadblock di Malaysia.
Ini kerana tiga laluan dijadikan satu laluan menjadikan Jalan sesak dan akan melambatkan pengguna Lebuh raya untuk sampai ke destinasi. Mungkin ini adalah cara terbaik untuk PDRM membuat sekatan Jalanraya demi kebaikan bersama. Sila lihat gambar perbezaan Sekatan Lebuhraya di Luar Negara dan di Malaysia.




klik LIKE dibawah :)

Sunday, 12 February 2012

[VIDEO] Kanak-kanak dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad

Inilah video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut.
Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Wallahul musta’an.






klik LIKE dibawah :)

Kelantan bina Lebuhraya tanpa bantuan Putrajaya

Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.

“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

“Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu, sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010).

Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan.

“Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seringkali mendakwa kerajaan pusat mengabaikan ekonomi negeri itu sejak parti Islam itu mengambil pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.
Bantuan pusat diperincikan

Husam berkata beliau berharap dengan tindakan kerajaan negeri harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

lan visit mustapa mohamed 200406 looking onSementara itu, di Kota Bharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diberi  kepada kerajaan Kelantan itu sejak beberapa tahun lepas agar rakyat mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara berkenaan.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belum mendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat.

"Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata rakyat negeri itu juga perlu mengetahui kerajaan pusat telah membina sebuah loji air di Pintu Geng di Kota Bharu dengan kos sebanyak RM52 juta.

"Bila siapnya loji ini nanti akan diserahkan kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan hasilnya akan diperolehi syarikat itu yang dibina demi untuk rakyat mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Beliau berkata selain itu sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan kerajaan pusat untuk membina jalan-jalan negeri.

Menurutnya tindakan memperincikan peruntukan tersebut bukan untuk membangga diri sebaliknya untuk menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan pusat berlaku zalim terhadap Kelantan dengan menganaktirikan mereka.

Mustapa juga menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan pusat telah gagal melaksanakan beberapa projek di Kelantan sebaliknya projek berkenaan seperti Jambatan Kedua Sultan Ismail Petra hanya lewat disiapkan dan bukannya gagal.

"Kerajaan Pusat sendiri akan pastikan setiap projek yang kita laksanakan tidak gagal tetapi kelewatan yang berlaku ada sebab yang munasabah," katanya.

klik LIKE dibawah :)

Penyanyi Whitney Houston ditemui mati

Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles.

Penyanyi berbakat itu dipercayai terbabit dalam penggunaan dadah disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.

“Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen.

Whitney Houston in Brisbane 2010Beliau yang dipetik AFPberkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha dibuat untuk memulihkan beliau.

“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap itu.

Sementara itu, AP pula melaporkan pegawai peribadi Whitney, Kristen Foster, berkata punca kematian penyanyi pop itu masih tidak diketahui.

Mayat penyanyi legenda itu masih berada di hotel berkenaan dan anggota polis sedang menyiasat punca kematiannya.

Mendiang pernah memenangi enam Anugerah Grammy, termasuk rekod untuk tahun itu bagi lagu "I Will Always Love You" dan album tahunan bagi "The Bodyguard".

Houston berada di Los Angeles bagi majlis Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada malam Sabtu waktu tempatan.

klik LIKE dibawah :)

Saturday, 11 February 2012

Rosmah Mansur akan menerima Ijazah Doktor Kehormat Persuratan



Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri, Malaysia, dianugerahi ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Canselor Universiti Curtin Dr Jim Gill menyampaikan ijazah doktor kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di Perth pada Sabtu.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari.  

Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti  itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia, menerima ijazah masing-masing.

Sementara itu, Rosmah dalam ucapan penerimaannya, melahirkan penghargaan terhadap Anggota Majlis universiti itu bagi penganugerahan ijazah itu.

Menekankan mengenai pentingnya pendidikan awal, Rosmah berkata banyak gejala sosial di dunia akan dapat dibendung apabila peluang pendidikan diberi kepada semua termasuk di kawasan luar bandar dan juga golongan miskin di bandar.

Menurutnya apabila kanak-kanak dipersiapkan daripada peringkat awal lagi, mereka akan dapat membuat penyesuaian daripada segi mental, emosi dan psikologi dalam menentukan apa yang terbaik untuk diri mereka apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi.

"Telah terbukti tahun-tahun pembentukan awal seorang kanak-kanak itu, kepada sehingga sekurang-kurangnya berumur lima tahun adalah amat penting untuk menentukan keupayaannya untuk berjaya kemudiannya dalam kehidupan.

“Akan wujud potensi untuk hilang peluang jika kita tidak melabur dalam pendidikan awal yang betul untuk anak-anak kita," katanya.

Rosmah berkata pewujudan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanakan-kanak atau lebih dikenali ECEC di bawah program Permata Negara adalah untuk memastikan pendidikan di Malaysia menumpukan pada pembangunan manusia holistik dari peringkat awal dan juga untuk memastikan negara dapat membina modal insan cemerlang.

Katanya untuk memenuhi hasrat dan harapan itu, dan menerusi perbincangan mendalam dengan pelbagai profesional dan sukarelawan di Malaysia pada 2007, program itu dilancarkan dan dikenali sebagai Permata, yang melambangkan generasi muda merupakan aset amat bernilai negara.

Rosmah berkata program Permata menawarkan peluang luas kepada kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar untuk mengikuti pembelajaran dalam persekitaran holistik.

"Pembelajaran berdasarkan Penerokaan, Pengalaman dan Eksperimen yang direka khusus untuk memupuk dan menggalakkan rasa ingin tahu dan mencuba dalam  diri kanak-kanak. Kami meletakkan tandaaras Permata dengan beberapa program berprestasi  tinggi dari seluruh dunia," katanya.

Katanya dalam tempoh hanya lima tahun, program Permata Negara telah diperluaskan daripada lima projek perintis kepada lebih 600 pusat asuhan kanak-kanak Permata di seluruh Malaysia.

"Usaha kami akan diteruskan bagi memastikan tiada kanak-kanak tercicir atau terabai daripada mendapat pendidikan awal berkualiti," katanya.

Program Permata juga meliputi empat program lain. Sebuah pusat untuk golongan berbakat dan cemerlang akademik mempunyai sebuah sekolah untuk pelajar berumur 16 hingga 17 tahun yang ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Program kem tahunan untuk kanak-kanak berbakat berumur 9 hingga 15 tahun turut diadakan dengan kerjasama Johns Hopkins Center for Talented Youth.

"Permata juga mempunyai program untuk kanak-kanak berbakat dalam seni persembahan dan juga pengajian dalam Quran dan Sunnah. Di bawah program ini juga (Permata) kami juga mengadakan program untuk memperkasakan Remaja Berisiko," katanya.

Rosmah turut mengucapkan terima kasih kepada keluarganya, terutama suami dan anak-anaknya yang telah menjadi teras kekuatannya dan membolehkan dirinya menyumbang kepada negara.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Profesor Jeanette Hacket, Naib Canselor Universiti Curtin yang telah dianugerahi anugerah berprestij iaitu "Member of the Order of Australia" pada sambutan Hari Australia baru-baru ini.

Universiti Curtin menganugerahkan ijazah kehormat teknologi kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006.

- Bernama

klik LIKE dibawah :)

[VIDEO] Subhanallah ! Hujan berbentuk Ikan di Australia

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.
Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.
Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.
Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!
Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.
Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.




klik LIKE dibawah :)

Pengetua disiasat kerana melanggan pelacur

Antara sekitar 80 orang, termasuk kakitangan awam, yang disoal polis berkaitan aktiviti maksiat di Internet



KIRA-KIRA 80 orang, termasuk beberapa kakitangan awam, kini sedang disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan maksiat yang ditawarkan oleh sindiket pelacuran menerusi Internet.

Difahamkan, antara kakitangan awam yang disiasat itu termasuklah beberapa pegawai kanan, dengan seorang daripada mereka merupakan pengetua sebuah sekolah terkenal.Polis dalam jawapannya kepada Berita Minggu mengesahkan ia sedang menjalankan siasatan ke atas operasi maksiat yang dijalankan secara dalam talian itu.

'Memandangkan siasatan kini sedang dijalankan, adalah tidak wajar untuk kami memberikan perincian lebih lanjut pada ketika ini,' kata jurucakap polis itu.Akhbar ini difahamkan bahawa kegiatan maksiat ini melibatkan gadis bawah umur.Tidak dapat dipastikan sama ada kes ini melibatkan gadis tempatan atau warga asing.Akhbar berbahasa Cina, Shin Min, semalam melaporkan, pengetua sekolah itu telah meletakkan jawatan.

Beliau berusia dalam lingkungan 30-an tahun, telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak.Akhbar itu juga melaporkan, pengetua sekolah berkenaan menikmati kenaikan pangkat yang pantas - bermula sebagai guru sebelum menjadi ketua jabatan dan akhirnya sebagai pengetua sekolah - dalam masa beberapa tahun sahaja.

Usaha akhbar itu menjejaki beliau di kondominiumnya tidak berhasil.Dalam pada itu, sebuah lagi akhbar berbahasa Cina, Lianhe Wanbao, semalam melaporkan antara yang disoalsiasat termasuklah kakitangan awam berpakaian seragam.Menurut sumber-sumber, kes ini terbongkar ekoran siasatan polis terhadap satu kes mencabul kehormatan.

Dalam siasatan itu, polis mendapati seorang lelaki yang bertindak sebagai ' bapa ayam' menyimpan senarai nama orang-orang yang menghubunginya untuk mendapatkan khidmat budak perempuan di bawah umur itu.Berita Minggu difahamkan, polis hampir selesai menjalankan siasatannya.Siasatan yang dilakukan ini berlaku tidak lama selepas polis menumpaskan satu sindiket pelacuran yang beroperasi di Bukit Panjang pada Disember lalu.

Seramai 23 suspek yang terdiri daripada 11 lelaki dan 12 wanita berusia antara 24 dengan 38 tahun, telah diberkas.Operasi tersebut telah dijalankan oleh para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Risikan Polis (PID).

Namun begitu, polis menyatakan kedua-dua kes tiada kaitan antara satu sama lain.Khidmat pelacuran yang ditawarkan menerusi Internet bukan sesuatu yang baru.Akhbar berbahasa Inggeris, The New Paper, pada Disember lalu melaporkan, kini terdapat sekurangkurangnya 20 laman di Internet yang menawarkan pelacur di sini.Kebanyakan laman ini berpangkalan di luar negara dan menyediakan 'panduan' tentang bagaimana seseorang itu boleh menempah pelacur.

Nombor telefon tempatan diberikan kepada pelanggan agar mereka boleh membuat panggilan atau mengirim pesanan ringkas (SMS) untuk membuat tempahan.Akhbar Lianhe Wanbao semalam melaporkan, seseorang yang mahu mendapatkan khidmat seorang pelacur warga Thailand perlu membayar antara $110 hingga $140 bagi tempoh 90 minit.




Pelanggan yang berminat untuk memuaskan nafsu dengan pelacur warga Korea, yang wajahnya mengalahkan artis K-Pop pula, perlu sedia membayar sekurang-kurangnya $260 bagi perkhidmatan selama 45 minit sahaja.Kelmarin, seorang ahli perniagaan, Peter Gerard Chang Liang, 43 tahun, telah dipenjara tiga bulan kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur warga Vietnam pada Mei tahun lalu.Mereka yang disabitkan kesalahan berkaitan pelacuran boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga $10,000. 

klik LIKE dibawah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More