London – Lelaki ini perlu ‘membaham’ sekurang-kurangnya lapan hidangan hot dog untuk sarapan pagi pada setiap hari dan memerlukan lebih dari 18 orang pembantu untuk memastikan dirinya terus bernyawa, sekaligus menjadikannya manusia paling gemuk di dunia.
Keith Martin, berusia 42 tahun dan tinggal di Harlesden, London, terpaksa mengharungi kehidupan sukar bagi dirinya akibat kegemukan terlampau dan dalam masa yang sama terpaksa juga membebankan ramai pihak lain yang mengambil berat tentang dirinya.
Berat terkini beliau adalah 368 kilogram menjadikannya dirinya di iktiraf sebagai lelaki paling gemuk di dunia mengalahkan ‘juara dunia bertahan’, Manuel Uribe dan Paul Mason yang berjaya menurutkan beratkan ratusan kilogram sebelum ini.
Menurut anggota pasukan medik yang melayan karenah Kieth, mereka memerlukan lapan pekerja ambulan untuk mengusung lelaki itu ke hospital untuk mendapat rawatan pada 10 tahun yang lalu.
Ia membawa maksud bahawa kali terakhir Keith bangun dari tempat tidurnya adalah pada 10 tahun lampau dan kini terpaksa menghabiskan masanya terlantar di atas katil sahaja menunggu lawatan unit perubatan di rumahnya.
Menurutnya lagi, Kieth memerlukan empat petugas medik untuk melawatnya dua kali sehari dan empat jururawat untuk memandikan serta memantau kesihatannya setiap minggu bagi membantunya mengurangkan berat badan.
Keith yang sedih atas kematian ibunya pada 16 tahun yang lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempedulikan tentang dirinya dan makan apa saja bagi menghilangkan tekanan.
“Ibu saya meninggal dunia pada 16 tahun lalu, saya tak peduli lagi tentang diri saya sejak itu..dan saya makan apa saja selepas itu..” katanya yang dipetik dari media antarabangsa, Dailymail.uk.com, baru-baru ini.
Bagaimanapun, lelaki paling gemuk di dunia itu menyesal dengan tabiat pemakanannya yang tidak terkawal itu dan menyalahkan dirinya yang bertindak mengikut kehendak hati tanpa memikirkan kesannya pada kemudian hari.
“Saya menyalahkan diri sendiri. Semua ini memang salah saya dan saya benci apa yang telah saya lakukan kepada diri sendiri,” katanya lagi penuh kesal.
Kieth memiliki dua orang kakak yang bergilir-gilir melawatnya setiap hari dan menghabiskan masanya menguyah gula-gula, kek, biskut dan sosej sambil menonton televisyen di katil.
klik LIKE dibawah :)
Post a Comment