SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Wednesday 15 February 2012

[HIBURAN] Saiful Apek dikesan Positif ganja


PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon terkenal, Saiful Apek, bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing ke atas mereka selepas ditahan dalam satu operasi, dua tahun lalu.






Perkara itu disahkan pegawai polis yang mengendalikan ujian saringan terbabit, Sarjan M. Sanggar, 48 tahun, seorang detektif Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, selepas diarahkan Ketua Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli, yang mengetuai serbuan di kondominium di Bandar Sunway pada 10 malam, 12 Jun 2010.

Menurutnya, ujian ke atas sampel air kencing itu dibuat di hadapan setiap suspek bagi mengesan ganja dalam air kencing.'Ujian saringan dilakukan di hadapan mereka satu persatu dan semua bekas spesimen itu kemudian dilabelkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tarikh ujian dijalankan.

'Sebelum melabel, saya memaklumkan setiap suspek hasil ujian berkenaan semuanya didapati positif dadah,' katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Encik Ahmad Ishrakh Saad.Sarjan Sanggar merupakan saksi kedua dalam perbicaraan terhadap Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusof, 43 tahun, serta tiga yang lain atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.Tiga tertuduh yang lain ialah: Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29 tahun; Shaiful Baharom, 25 tahun; dan Noremy Mohamad, 29 tahun.

Dakwaan tersebut dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 ($2,078) jika sabit kesalahan.Ketika Encik Ahmad Ishrakh Saad meminta Encik Sanggar mengecam gambar botol spesimen, beliau mengakui pernah melakukan kesilapan pada label bekas air kencing milik Saiful Apek dan Noremy, apabila beliau menulis tarikh 12 September 2010 sedangkan tarikh sebenar ialah 12 Jun 2010.

Peguam bela, Encik Zambri Idrus, yang mewakili kesemua tertuduh kemudian meminta Encik Sanggar menjelaskan kesilapan tersebut, bagaimanapun anggota polis itu berkata, tiada apa yang perlu dijelaskan kerana ia memang satu kesilapan. -- Harian Metro, Utusan Malaysia.


klik LIKE dibawah :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More