SPONSOR! Klik IKLAN dibawah ini

Tuesday, 14 February 2012

[KISAH BENAR] Isteri maut dipukul suami


NIBONG TEBAL – Seorang surirumah maut dipukul di kepala dengan objek tumpul  dalam satu pergaduhan dengan suaminya di  kawasan lapang berhampiran tapak projek Jawi  Golf di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, Aye  Win, 33, mati ketika sedang mendapatkan  rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB) dipercayai  dipukul suaminya, Yan Paing Soe, 37.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau  Pinang, Asisten Komsioner Mohd. Nasir Salleh  berkata, mangsa yang berdaftar dengan Program  6P Jabatan Imigresen tinggal bersama suaminya  di kongsi tapak projek itu manakala dua anak  mereka ditinggalkan di Myanmar.
Menurutnya, polis menerima maklumat  daripada penyelia kontrak di situ yang mendapat  panggilan mengenai pergaduhan pasangan  terbabit dan menemui mangsa yang cedera di  kepala sebelum membawanya ke HSB.
“Mangsa mati ketika sedang dirawat di HSB akibat  kecederaan parah di kepala akibat dipukul  dipercayai menggunakan kayu beluti,” katanya hari ini.
Tambah Nasir, polis yang menjalankan siasatan  kemudiannya menemui beberapa serpihan kayu  beluti yang ada kesan darah serta mendapat  maklumat daripada seorang lelaki Myanmar yang  menyaksikan kejadian itu.
Katanya, pasukan forensik masih mengesan  suspek yang melarikan diri ke dalam semak  berhampiran dan kes disiasat itu mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, polis Daerah Seberang Perai  Selatan masih mengesan Yan Paing Soe yang  didakwa membunuh isterinya sendiri dalam   kejadian tersebut. – mynewshub.my

klik LIKE dibawah :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More