KUALA LUMPUR, 14 FEB : Laman web pengendali pasaran saham, Bursa Malaysia Bhd, menjadi sasaran gangguan perkhidmatan penafian yang menyeluruh, di mana laman itu sesak dengan lebihan trafik dari pelbagai sumber.
Ini menyebabkan para pengguna yang memasuki laman webnya mengalami hubungan yang terhenti-henti pada malam Isnin, kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya langkah kecemasan telah diaktifkan bagi memberikan akses berterusan kepada laman web itu tetapi ia masih memberi kesan teradap pengguna antarabangsa.
"Para pengguna di Malaysia dijangka tidak mengalami sebarang gangguan," katanya.
Sistem Bursa Malaysia yang lain tidak mengalami kesan kejadian itu dan dagangan sekuriti, derivatif dan pasaran Islamnya terus beroperasi seperti biasa.
Bursa itu akan mengemas kini pasaran mengenai perkembangan seterusnya. -Bernama
Post a Comment